Friday, December 11, 2015

Bekas Penjaga Gol T-Team, Shahril Sa'ari Sertai Sarawak



Penjaga gol utama pasukan T-Team musim ini, Shahril Sa'ari dilaporkan menyertai pasukan Sarawak untuk menghadapi saingan Liga Super 2016. Perkara ini juga dinyatakan oleh beliau menerusi instagram peribadinya Sharil25 sebentar tadi. Menerusi perbualan ringkas dengan beliau semalam difahamkan akan mengikat kontrak selama dua tahun.


Sebelum bersama T-Team, Shahril telah menyertai pasukan T-Team, Terengganu, Harimau Muda A dan Sabah. Shahril baru berusia 25 tahun dan berketinggian 175 cm. Bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Fadzley yang tidak disambung kontraknya oleh FAS.


Sharil dilaporkan sebelum ini berada di Kuching untuk mengadakan perbincangan, tetapi kembali semula ke Semenanjung Malaysia. Sarawak dijangka akan memulakan latihan pertama nya pada 15 Disember 2015 di bawah kendalian Datuk K.Rajagopal 

Kepada Shahril, Sarawak Football ucapkan selamat datang dan semoga berjaya !

No comments:

Post a Comment