Saturday, December 12, 2015

Selangor Juara Piala Malaysia 2015

Ahmad Hazwan Bakri meraikan jaringan kedua beliau dalam aksi TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Foto: Dunia Sukan
Selangor berjaya menjuarai Piala Malaysia 2015 edisi yang ke 89, setelah berjaya menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi sekaligus menebus kekecewaan final Piala Malaysia 2008.

Kemenangan Selangor ini membolehkan skuad Red Giants merealisasikan Misi 33 setelah tahun demi tahun dilancarkan. Selain itu, Mehmet Durakovic juga mencipta sejarah menjadi bekas awang import pertama pasukan itu meraih kejuaraan selaku jurulatih. 

Kedua-dua pasukan bermain dengan cukup rancak dengan aksi berbalas serangan dan dibayangi terjahan-terjahan keras sehingga perlawanan terpaksa dihentikan beberapa kali

Seperti biasa Andik, Guilherma de Paula dan Nazmi memainkan peranan penting selaku perancang utama Selangor. Walaupun padang basah, namun tidak memberi sebarang masalah kepada mereka untuk menguasai bola dalam permainan. Corak pertahanan tight marking juga berjaya melumpuhkan serangan Kedah yang diterajui oleh Chidi Edeh dan Liridon. Selangor meledakkan gol pertama pada minit ke-4 apabila Ahmad Hazwan Bakri menyempurnakan hantaran Guilhherme De Paula. Gol kedua sekali lagi menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-48 seakan merentap semangat Kedah untuk bangkit kembali.

Kedah selaku Juara Liga Perdana 2015 pada awalnya tidak diberi harapan untuk mara jauh, sebaliknya mencipta kejutan apabila menempatkan diri di pentas final. Namun, Kedah yang terkenal dengan corak permainan passing game gagal bermain seperti biasa akibat padang becak. Kegagalan menyekat counter attack, kesilapan individu serta tidak melakukan perubahan taktikal antara faktor kegagalan Kedah di final kali ini. Aksi malam tadi turut menyaksikan layangan kad merah yang kepada penjaga gol Kedah, Mohd Firdaus kerana menampan bola di luar kotak penalti. 
Aksi malam tadi turut dicemari layangan kad merah yang diterima oleh penjaga gol Kedah, Mohd Firdaus Muhamed, gara-gara menampan bola di luar kotak penalti.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544

Pemain terbaik malam ini Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan kemenangan berjaya dicapai kerana pemain sentiasa mengikut arahan jurulatih sambil mengucapkan tahniah kepada para penyokong yang tetap hadir memberi sokongan walaupun dalam keadaan hujan lebat sebelum permainan.  

Sarawak Football mengucapkan tahniah kepada pasukan Selangor.

Artikel: Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football
Gambar: Dunia Sukan

No comments:

Post a Comment