Wednesday, December 2, 2015

Siapakah Bakal Pengganti Joseph Kalang Tie ?


Tahniah kepada Joseph Kalang Tie Yang akhirnya secara rasmi menjadi milik pasukan Terengganu setelah menandatangi kontrak selamat setahun. Ketiadaan Joseph telah meninggalkan ruang kosong di bahagian tengah Sarawak. Ini terbukti apabila ketiadaannya di jentera tengah telah memberi kesan kepada persembahan Sarawak di suku akhir Piala Malaysia 2015. Sarawak gagal ke separuh akhir setelah tewas 2-3 secara aggregat kepada Selangor.

Tidak dinafikan, saingan pada musim 2016 akan datang, Sarawak memerlukan seorang atau dua pemain tengah yang benar-benar berkaliber, memiliki daya kreatif, ball winner dan juga ada naluri menyerang. Sejak dua musim ini Sarawak ketandusan pemain-pemain tengah yang baik sehingga menjejaskan barisan pertahanan dan serangan.

Justeru timbul persoalan, siapakah bakal pengganti Joseph Kalang Tie ?

Setakat ini hanya seorang pemain sahaja yang sudah hampir sah bersama Sarawak iaitu bekas penyerang Kelantan yang berasal dari Brazil, Gilmar Jose da Silva Filho. Seorang lagi pemain yang berada di dalam radar Sarawak pada ketika ini masih lagi bermain dengan pasukan yang sedang berentap di separuh akhir Piala Malaysia 2015.

Tumpuan seterusnya, persoalan siapa pula pemain import tempatan yang bakal dipikat oleh FAS dan Datuk K.Rajagopal. Dua nama yang disebut-sebut pada ketika ini mungkin menjadi kenyataan. Difahamkan Wan Zack kini sudah berada di dalam proses rundingan akhir. Sementara, Ahmad Fakri Sharaani dikatakan  akan menandatangani kontrak pada bila-bila masa. 

Namun, semuanya akan bergantung kepada persetujuan atau perubahan di saat-saat akhir dan jika tiada tawaran balas dari pasukan lain atau lain-lain aral melintang, kelibat pemain ini akan dapat dilihat pada latihan pertama Sarawak yang dijadualkan pada 15 Disember 2015.

No comments:

Post a Comment