Monday, November 30, 2015

Joseph Kalang Sah Ke Terengganu

Joseph Kalang Tie akhirnya secara rasmi mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama Sarawak pada musim depan. Sebaliknya Joseph memilih untuk kembali semula ke Terengganu untuk saingan Liga Super 2016. Majlis menandatangani kontrak dijangka akan dilakukan pada 2 Disember 2015 di Terengganu.

Sebelum ini Joseph dikaitkan dengan pelbagai pasukan seperti JDT, namun memilih untuk mendiamkan diri. Akhirnya menerusi  satu kenyataan rasmi yang diberi oleh Joseph kepada Dunia Sukan dan Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, segala persoalan ke mana hala tuju pemain ini akhirnya terjawab. Joseph memilih untuk mengumumkan hasratnya berhijrah selepas pukul 12 tengah malam sebagai menghormati kontraknya yang tamat pada 30 November 2015 bersama Persatuan Bolasepak Sarawak.

Memulakan karier bersama Sarawak pada tahun 2006, Joseph kemudian memilih untuk berhijrah ke Terengganu pada tahun 2010 sehingga 2011. Antara kejayaan yang beliau kecapi bersama Terengganu ialah menjuarai Piala FA 2011 setelah mengalahkan Kelantan di pentas perlawanan akhir. Tahun 2012, Joseph kembali bersama Sarawak dan memenangi Juara Liga Premier 2013 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia dalam tahun yang sama. Bersama Bobby Gonzales, Salibasic, Zamri dan lain-lain, mereka telah membentuk gandingan yang digelar The Invicibles kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2013.

Joseph juga pernah dipanggil beberapa kali untuk bermain bersama skuad Malaysia di bawah pimpinan Datuk K.Rajagopal dan juga Dollah Salleh.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Joseph, mungkin tidak terkejut dengan pilihan haluannya ke Terengganu. Apabila kontraknya tidak disambung semula, Joseph pernah memberitahu Bernama dengan kenyataan berikut:
"Saya sayangkan Terengganu dan saya mengucapkan terima kasih terutama sekali kepada rakyat Terengganu dan penyokong Terengganu serta para wartawan. Kemungkinan saya akan kembali lagi ke sini (Terengganu) suatu hari nanti kalau ada tawaran," 

Rata-rata penyokong Sarawak menerima baik keputusan Joseph, sebagai lumrah di dalam kerjaya seorang pemain bolasepak profesional. Kepada Joseph Kalang Tie, Sarawak Football mengucapkan selamat berjaya. Kepada penyokong-penyokong Terengganu, jagalah dan layanlah wira kami ini sebaik-baiknya.





Billy Mehmet Dijangka Tinggalkan Sarawak


Billy Mehmet dijangka akan mengakhiri kontraknya dengan pasukan Sarawak dan tidak akan beraksi pada musim 2016. Bagaimanapun tidak diketahui ke mana hala tuju pemain ini seterusnya walaupun ada desas desus menyatakan Billy akan kembali semula ke Kedah. 

Penyerang yang berketinggian 1.89 meter ini di bawa masuk untuk digandingkan dengan Ryan Grffith. Ketika beraksi dengan Kedah pada musim 2014, Billy berjaya menjaringkan 23 gol. Sementara di Sarawak, Billy berjaya menjaringkan 14 gol daripada 25 penampilan.

Perlawanan terakhir Billy bersama Sarawak ialah ketika menentang Selangor pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2015. Tetapi, dia tidak beraksi pada suku akhir kedua di Shah Alam atas alasan kecederaan.

Nantikan berita selanjutnya ....

Sunday, November 29, 2015

Kekalkan J.Partiban Untuk 2016


J.Partiban, satu nama yang cukup dibenci dan sentiasa mendapat kritikan peminat pada awal musim 2015 setiap kali beraksi. Semuanya gara-gara gagal menunjukkan prestasi yang baik ketika bermain. Namun, semuanya berubah sebaik sahaja Fuad Grbesic mengambil alih sementara tugas melatih pasukan Sarawak.

Segala-galanya bermula dari gol pertama ketika Sarawak menentang Kelantan pada 22 Ogos 2015 dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu. Walaupun Sarawak tewas 3-4, J.Partiban berjaya mencuri tumpuan dengan satu gol dan satu assist.

Bagaikan mendapat tonik dan semangat baru, Partiban tidak lagi memandang ke belakang. Peningkatan demi peningkatan ditunjukkan di dalam setiap perlawanan sehingga mendapat pujian ramai daripada penyokong Sarawak. Antara kelebihan Partiban ialah memiiki larian pantas berserta hantaran silang cantik selain boleh bermain sama ada di sayap kiri atau kanan.

Terbaru .J. Partiban menunjukkan kemampuannya apabila membantu menyumbang kepada gerakan dua gol Sarawak ketika bertemu Selangor di dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2015. Semestinya kita masih ingat dua hantaran cantik oleh Partiban berjaya disudahkan oleh Billy Mehmet dan Ashri Chuchu. Situasi ini seakan memberi amaran dan petanda J.Partiban bakal menggegar dalam saingan Liga Super 2016.

Artikel: Gambar: Sarawak Football


Saturday, November 28, 2015

Sarawak Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015


Gambar: Berita Harian
Sarawak akhirnya terpaksa mengucapakan salam perpisahan di arena Piala Malaysia 2015 apabila hanya sekadar mampu seri 1-1 di Stadium Shah Alam. Keputusan seri ini tidak cukup untuk membantu Sarawak kerana Selangor menang secara aggregat 3-2.

Sarawak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 22 apabila Ashri Chucu berjaya menyudahkan hantaran Partiban. Selang dua minit kemudian, tendangan percuma oleh Patrick Gerhadt berjaya diselamatkan oleh Patrick Gerhadt. Belum pun sempat Sarawak menarik nafas lega, Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Afiq. Menerusi satu serangan balas, lambungan bola dari kawasan Selangor gagal dikeluarkan oleh Fadzley dengan baik dan Afiq tidak mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan.

Di separuh masa kedua, Sarawak memulakan aksi dengan lebih garang dan hampir-hampir berjaya menjaringkan gol menerusi Patrick dan sekali lagi dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol Selangor, Norazlan.

Sarawak terus menguasai permainan dengan memasukkan Tommy dan Nur Sharmie Iszuan tapi gagal menghasilkan sebarang gol.

Di minit-minit akhir perlawanan, Sarawak terpaksa berkasi dengan 10 orang pemain setelah Shreen Tambi dilayangkan kad kuning yang kedua. 

Tamat perlawanan, Selangor dan Sarawak terikat 1-1. Selangor akan bertemu Pahang di separuh akhir, manakala satu lagi pertemuan melibatkan Kedah dan Felda United.


Fadzley Ganti Iqbal


Turun tanpa penjaga gol utama Iqbal Suhaimi, Sarawak bakal menurunkan Mohamad Fadzley selaku penjaga gol utama malam ini. Iqbal tidak akan beraksi kerana mengalami kecederaan. Turut berada di dalam senarai pemain yang cedera ialah Billy Mehmet dan juga Ivan Fatic.

Fadzley kali terakhir beraksi ketika Sarawak menewaskan Lions 2-1 pada 19 Ogos 2015 ketika kempen Liga Super 2015. Selain itu, Sarawak memiliki seorang lagi penjaga gol iaitu Aidil Mohamad selaku penjaga gol kedua malam ini.

Sarawak akan berdepan dengan Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini. Dalam perlawanan pertama pada 24 November 2015 yang lepas, Selangor berjaya menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri.

Sama-sama kita tunggu, siapakah yang lebih kebal di gawang. Fadzley atau Norzalan ?

Artikel / Gambar: Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football

Friday, November 27, 2015

Sarawak Masih Berpeluang


Detik yang dinanti-nantikan akhirnya sudah tiba. Pertarungan 90 minit di Stadium Shah Alam malam ini bakal menentukan nasib siapa yang bakal ke separuh akhir dan mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia 2015

Kelebihan ketika ini berpihak kepada Selangor yang berjaya menang 2-1 ketika bertemu Sarawak di suku akhir yang pertama Selasa lepas. Bermain di tempat sendiri Selangor tidak memiliki sebarang tekanan dan hanya perlu seri. Khabar gembira berjaya mendapat slot ke Piala AFC 2016 apabila dinobatkan selaku naib juara selepas mesyuarat eksekutif FAM Selasa lalu memutuskan Pahang dipotong enam mata menambahkan lagi semangat tuan rumah malam ini.

Berbeza dengan kem Sarawak tekanan sememangnya boleh dirasai, harapan untuk membawa skuad utama ke Shah Alam tidak kesampaian pabila tiga pemain utama Billy Mehmet, Ivan Fatic dan penjaga gol Iqbal Suhaimi tidak turut serta kerana mengalami kecederaan. David Usop tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat pemain dari barisan simpanan seperti Varathan, Shree Tambi, Papin, Shami, Tommy atau Mazwandi.

Tanpa kehadiran Ivan Fatic, David mungkin akan mempertimbangkan Ronny Harun untuk posisi defensive midfileder untuk menyekat gerakan atau percubaan jarak jauh lawan. Manakala kekosongan di bek tengah akan diisi oleh Varathan/Mazwandi. 

Strategi 'man to man marking'  ke atas Andik-Nazmi mungkin perlu untuk mengelakkan dua pemain ini mencipta gerakan. Dalam ertikata lain, barisan tengah perlu lebih pantas, agresif dan tidak memberi ruang kepada lawan.

Ketiadaan penjaring gol tunggal suku akhir pertama, Billy Mehmet bakal memberi kesan kepada jentera serangan Sarawak. Selain Joseph Kalang Tie yang masih digantung, Sarawak tidak memiliki penyerang yang benar-benar efektif sebagai pengganti Billy. Sama ada terpaksa menagih kudrat pemain paling banyak dikritik musim ini iaitu Ryan Griffith atau menurunkan penyerang muda yang sedang meningkat naik, Tommy selaku penyerang.  Manakala di bahagian tengah Shahrol atau Shreen boleh bertindak sebagai perancang bergandingan dengan Partiban-Ashri untuk mencipta peluang menjaringkan gol. Sarawak perlu memanfaatkan semua peluang yang ada  samada serangan balas, set piece sama ada tendangan sudut, tendangan percuma mahupun lontaran jauh untuk menghasilkan gol.

Apapun, Sarawak Football percaya pemain Sarawak pasti sudah menyedari corak permainan lawan yang bakal di temui malam ini. Tenang, ikut arahan jurulatih, sentiasa fokus dan tidak melakukan kesilapan jika benar-benar dipratikkan, mungkin Sarawak ada peluang mencipta kejutan menumbangkan Red Giants di Shah Alam malam ini.





Thursday, November 26, 2015

Billy Mehmet Cedera, Ryan Griffith Bakal Ketuai Barisan Serangan Sarawak ?



Barisan serangan Sarawak berdepan dengan kesukaran apabila tonggak serangan Billy Mehmet tiada dalam senarai pemain yang berlepas ke Kuala Lumpur hari ini. Turut tidak dalam senarai ialah penjaga gol utama Iqbal Suhaimi dan juga Ivan Fatic.
Daripada info yang diperolehi dari page Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, ketiga-tiga pemain terbabit mengalami kecederaan. Ketiadaan Iqbal dan Fatic mungkin tidak begitu meresahkan kerana Sarawak memiliki pengganti yang boleh bermain di posisi mereka.
Namun, ketiadaan Billy agak membimbangkan kerana Sarawak tidak memiliki banyak pilihan yang boleh bermain di bahagian serangan kerana.  Joseph Kalang Tie masih tidak dapat diturunkan kerana masih lagi dalam hukuman gantung perlawanan.
Adakah David Usop akan mempertimbangkan Tommy Mawat atau sebaliknya terus bergantung harap kepada Ryan Griffith untuk mengetuai jentera serangan ?

Gambar / Artikel : Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football

Misi Mencari Gol Awal


Sarawak wajib turun dengan barisan terkuat apabila bertemu dengan Selangor di Shah Alam hari Sabtu ini. 

Terutama sekali di barisan tengah dan serangan, pemain-pemain seperti Ivan Fatic, Shreen Tambi atau Tommy Mawat perlu berada dalam barisan utama. Pemain-pemain muda seperti ini memiliki daya juang, kelajuan dan sikap ingin mencuba yang mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang positif buat Sarawak. Dengan barisan tengah yang kuat, kita mampu menyerap dan menghalang gerakan-gerakan pemain Selangor seperti Andik dan Nazmi dari bermaharajalela. Seterusnya dapat mengurangkan tekanan di bahagian pertahanan. 

Bagaimana Ryan Griffith ? Tidak perlu ada dalam barisan utama selepas kesilapan tempoh hari.

Gol awal perlu dicari bagi merentap semangat lawan dan meningkatkan semangat para pemain Sarawak sendiri. Seandainya, kesilapan tidak perlu dapat dielakkan, kita boleh membuat kejutan !

Nantikan analisis dari kami esok ....

Artikel / Gambar: Sarawak Football

Wednesday, November 25, 2015

Masih Ada 90 Minit



Walaupun misi sukar bakal ditempuhi pada hari Sabtu ini di Shah Alam, jurulatih Sarawak David Usop masih optimis, anak-anak buahnya berpeluang mencipta kejutan mengatasi tuan rumah Selangor.

Menerusi temuramah yang dipetik dari Astro Arena, David yakin Sarawak masih mampu ke separuh akhir dengan syarat pemain tidak melakukan kesilapan kritikal seperti yang dilakukan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Negeri. Tempoh rehat tiga hari yang tinggal akan digunakan sebaik-baiknya untuk 'post mortem' sebelum ke Shah Alam pada hari Jumaat.

Nada berbeza pula dilontarkan oleh jurulatih Selangor Mehmet Durakovic yang ternyata begitu gembira dengan kemenangan di tempat lawan. Walaupun, risau dengan kemampuan Sarawak memberi tekanan dalam perlawanan tempoh hari, beliau tetap lega pemai-pemainya berjaya menggunakan peluang yang dperolehi.

Bagi Sarawak Football. kita masih lagi berpeluang dengan syarat Sarawak harus 'all out' dalam pertemuan kedua. David juga harus berani mengambil risiko merehatkan Ryan Griffith dan menurunkan Tommy Mawat dan Ivan Fatic yang lebih agresif dan pantas untuk menyaingi Nazmi-Andik di bahagian tengah.

Tuesday, November 24, 2015

Sarawak Bakal Tempuh Jalan Sukar di Shah Alam

Dua kesilapan pertahanan Sarawak menjadi garis pemisah yang akhirnya memuktamadkan Selangor selaku pemenang suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 dengan keputusan 2-1. 

Seperti dijangka dalam analisis pertemuan,  Selangor memulakan aksi dengan agresif untuk mencari gol awal. Rangkaian Nazmi-Andik berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak dengan larian pantas termasuk beberapa percubaan bahaya oleh Guilherme De Paula. Bertukar-tukar hantaran dan posisi, pertahanan Sarawak terpaksa berkerja keras mengekang asakan pemain-pemain Selangor. Beberapa percubaan leret dilihat sebagai cubaan awal menguji kemampuan Iqbal.

Ketiadaan Ivan Fatic, Joseph Kalang dan kegagalan Ryan berfungsi menyebabkan Shahrol Saperi terpaksa berkerja keras di bahagian tengah. Billy Mehmet yang sering dibayangi oleh Robert Cornwhaite terpaksa turun ke bawah untuk membantu Shahrol  dan meninggalkan ruang kosong di atas.

Sarawak kemudiannya berjaya mengurangkan dominasi lawan menerusi gerakan Ashri dan Partiban di sebelah sayap. Kurang sokongan dari pemain-pemain lain, beberapa hantaran dan gerakan tidak membuahkan sebarang hasil. Ashri dan Patrick, masing-masing terlepas peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan apabila percubaan mereka samada di selamatkan oleh penjaga gol atau  pertahanan Selangor. 

Dalam kelekaaan mengatur serangan,  pada minit ke - 36 Ryan Griffith melakukan kesilapan besar. Dari tengah padang, Andik berjaya merampas bola dari kaki Ryan, melepasi Ronny Harun sebelum melorongkan bola kepada Hazwan Bakri. Walaupun, cuba dihalang oleh Dzulazlan dan Hairol, Hazwan mudah memperdayakan Iqbal dengan rembatan leret ke sebelah kiri gawang Sarawak. 

Tersentak dengan gol Selangor, Sarawak cuba kembali bangkit namun perlawanan kekal dengan kedudukan Selangor mendahului 1-0 di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Sarawak membuat pertukaran strategi dengan meletakkan Partiban di sebelah kiri dan Ashri bermain di kanan. Akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang oleh Partiban berjaya disudahkan dengan cantik oleh Billy pada minit ke 59.

Jaringan ini ternyata berjaya membangkitkan kembali semangat pemain-pemain Sarawak. Beberapa serangan merbahaya diketuai oleh Billy hampir-hampir menemui sasaran, tetapi Norzalan lebih bersedia di pintu gol Selangor.

Ketika pemain Sarawak mula kelihatan letih, tidak ada tanda-tanda David Usop membuat pertukaran pemain walaupun pada jangkaan awalnya  Ivan Fatic dan Varathan akan dimasukkan untuk menguatkan barisan pertahanan. Akhirnya, dengan perlawanan yang berbaki beberapa minit, kesilapan pertahanan Sarawak sekali lagi dihukum oleh gol kedua menerusi Afiq.  Empat minit masa tambahan dan kemasukan lewat Ivan Fatic gagal membantu mengubah nasib Sarawak dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat permainan.

Selangor dan Sarawak akan bertemu sekali lagi di suku akhir kedua pada 28 Nov 2015 di Shah Alam.


Analisis Suku Akhir Piala Malaysia 2015: Sarawak vs Selangor


Perlawanan kedua-dua pasukan dijangka seimbang namun apa yang pasti gol awal akan di cari. Tidak menghairankan jika di awal-awal perlawanan Selangor akan mengejutkan tuan rumah dengan serangan bertali arus untuk mencari gol awal. Jika Sarawak berjaya bertahan, maka tempo serangan terus akan menjadi milik sarawak yang kemudiannya akan perlahan.

Jika dulu, bermain di home dianggap sebagai satu disadvantage, namun dengan peraturan kelebihan gol di tempat lawan bakal menjadi igauan untuk tuan rumah di pertemuan kedua.

Justeru, Sarawak harus mencari kemenangan tanpa melepaskan sebarang gol, dan jika terpaksa seri juga tanpa bolos sebarang jaringan. 

Meskipun, tanpa tonggak utama Joseph yang masih belum boleh beraksi namun David Usop dijangka menggunakan Tommy atau Ivan sebagai pengganti. Dengan Ryan Griffith yang masih 50-50 untuk diturunkan Sarawak dijangka membariskan kesebelasan seperti bertemu JDT.

Faktor keletihan mungkin menjadi ancaman untuk Sarawak, hanya sempat menjalani satu latihan sahaja pada petang Isnin. Sementara  Selangor memiliki kecergasan yang lebih baik kerana tidak bermain pada Sabtu lepas. Tetapi, dengan momentum semangat yang masih ada dari Larkin, satu kelebihan untuk Sarawak. Manakala, Selangor tanpa perlawanan kompetitif sejak kebelakangan ini mungkin terpaksa mencari rentak untuk bermain dengan baik.

Pada peringkat suku akhir ini, semua pasukan memiliki kekuatan dan kelebihan yang sama. Ditentukan dengan kepintaran strategi jurulatih, menterjemahkan peluang yang ada,akan menentukan siapa pemenang. Kita yakin Sarawak tidak akan mensia-siakan peluang bermain di suku akhir ini, dan pemain sedar inilah masa untuk mereka membuktikan mereka lah yang terbaik, Semoga berjaya !!!

Monday, November 23, 2015

Joseph Masih Belum Boleh Beraksi menentang Selangor

Walaupun Sarawak sudah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015, tonggak utama Joseph Kalang Tie masih belum boleh beraksi. 

Foto: FAM
Ini kerana Joseph telah dikenakan hukuman gantung 5 perlawanan ekoran insiden pergaduhan ketika menentang Perak di Stadium Negeri pada 17 Oktober 2015 yang lalu.

Hukuman ini melibatkan 5 perlawanan, 3 di peringkat kumpulan B Piala Malaysia 2015 iaitu JDT (24 Okt 2015), ATM (4 Nov 2015) dan JDT (21 Nov 2015). Baki dua penggantungan ialah pada pertemuan suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor pada 24 & 28 Nov 2015.

Ini bermakna Joseph Kalang Tie hanya akan dapat beraksi semula sekiranya Sarawak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Sunday, November 22, 2015

Suku Akhir Piala Malaysia 2015: Siap Siaga Bertemu Selangor


Lupakan cerita di Larkin, kisah semalam sudah menjadi sejarah yang akan dikenang sama ada oleh penyokong JDT atau penyokong Sarawak.

Sarawak harus kembali fokus menjelang pertemuan suku akhir pertama menentang Selangor di Stadium Negeri pada hari Selasa ini. Masa rehat yang singkat harus digunakan sebaik-baiknya. Berbanding dengan Selangor yang mendapat rehat yang cukup kerana tiada sebarang aksi melibatkan mereka semalam.

Ketika ini nada keyakinan para penyokong mula meningkat dan Sarawak Football menjangkakan lautan merah bakal membanjiri Stadium Negeri. 

Jangan lupa petikan kata-kata kata Andik Vermansah kepada Astro Arena,  peluang mereka lebih cerah kerana hanya perlu berdepan dengan Sarawak.

Sekarang inilah masanya untuk para pemain membuktikan Sarawak bukanlah lawan yang mudah. Keputusan di Larkin sudah membuktikan kalah menang hanya ditentukan apabila berentap di padang.

Nantikan analisa perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 dari kami nanti ... 

Artikel /Gambar : Sarawak Football

Saturday, November 21, 2015

Sarawak Harus Kekalkan Patrick Untuk Musim 2016


Berdasarkan persembahan sepanjamg musim 2015, tidak keterlaluan untuk menyatakan Patrick Gerhadt Neyma adalah pemain import yang paling konsisten. Dibawa masuk oleh Robert Albert pada awal April untuk menggantikan Ronald Hikspoors, Patrick memulakan debut pertama menentang PKNS.

Bermain di posisi pertahanan, tapi kadang kala boleh bertindak selaku pemain tengah, pemain antarabangsa Liberia ini sering terlibat dengan gerakan-gerakan serangan dan juga menyumbang gol-gol penting untuk Sarawak.

Gol penyamaan menentang JDT pada 21 November 2015 akan dikenang kerana berjaya membantu mengikat JDT dengan keputusan 1-1 di Larkin. Seterusnya membantu Sarawak mara ke suku akhir Piala Malaysia 2015.

Sarawak Football berpendapat ini lah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pemain import dan kita yakin Datuk K.Rajagopal akan mengekalkan Patrick untuk cabaran musim 2016.

Artikel / Gambar : Sarawak Football
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/

Sarawak Sahkan Tempat Di Suku Akhir Piala Malaysia 2015

Gambar: Johor Southern Tiger
Penantian yang cukup panjang akhirnya tamat dengan malam yang penuh dramatik, Sarawak berjaya mencuri satu mata yang diidamkan. Walaupun ATM menang 4-3 ke atas Perak, tetapi tidak mampu mengatasi Sarawak dari segi mata.

Ketinggalan 0-1 apabila Amirul Hadi meletakkan JDT di depan pada minit ke 37, disusuli dengan berita ATM mendahului Perak 3-1 di separuh masa pertama ternyata meresahkan penyokong Sarawak. 

Sarawak menurunkan kesebelasan utama yang diketuai oleh kapten Ronny Harun, K.Partiban, Billy, Ramesh, Dzulazlan, Shahrol Saperi, Hairol Mokhtar, Ryan Griffith, Tommy Mawat dan Patrick Neyma. Sementara JDT  menampilkan Faizal Marlias, Amirul Hadi, Marcos Antonio, Safee Salli, S.Kunalan,Shakir Shaari, Amri Yahyah, Mahali, Nazrin Nawi, Jasazrin dan Amir Saidin. 

Sarawak memulakan aksi dengan agresif mengharapkan jaringan awal, berhasil menjaringkan satu gol menerusi Hairol Mokhtar namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offsaid. Disusuli dengan larian-larian cantik oleh K. Partiban, namun Ryan Griffith seakan tidak 'seirama' dengan suasana apabila beberapa kali terlepas peluang cantik. 

Walaupun merehatkan beberapa pemain utama, namun JDT kemudiannya berjaya mendominasi bahagian tengah dengan hantaran -hantaran pendek disusuli beberapa percubaan berbahaya dari Safee Salli serta Amri Yahya. Ancaman demi ancaman dari JDT berjaya membuahkan hasil apabila Amirul Hadi menghukum kesilapan Hairol Mokhtar untuk gol pertama.

Perlawanan separuh masa kedua yang lewat dimulakan akibat masalah teknikal lampu limpah di stadium ternyata membawa rahmat kepada Sarawak. Tidak menunggu lama, Patrick Gerhadt Neyma mengejutkan JDT apabila rembatan yang cukup cantik menewaskan Faizal Marlias di penjuru kanan gawang di minit ke-48. Gol tersebut seakan memberi semangat baru kepada para pemain Sarawak, Tommy Mawat mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun disia-siakan. Menyedari ancaman Sarawak, JDT kembali merebut penguasaan perlawanan, memasukkan Safiq Rahi, Harris Harun dan S.Chanturu seterusnya melancarkan serangan bertali arus. Namun, Sarawak  terus memperketatkan barisan pertahanan sehingga tamat perlawanan

Keputusan seri ini cukup berharga, selain berjaya membawa ke suku akhir, Sarawak menjadi satu-satu pasukan yang berjaya mencuri mata di Larkin untuk kempen Piala Malaysia 2015. Seterusnya menamatkan badi kekalahan dengan JDT sejak 2014.

Artikel: Sarawak Football
Gambar: Johor Southern Tiger
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/

Friday, November 20, 2015

Analisis Pertemuan Piala Malaysia 2015: JDT vs Sarawak


JDT awal-awal lagi sudah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2015 dan memburu rekod kemenangan bersih 6 - 0 - 0 dengan maksimum 18 mata. Sementara, Sarawak masih lagi berhempas pulas merebut tempat ke suku akhir, mengharapkan sedikit tuah, Perak mengekang ATM dengan seri atau kalah dengan jaringan yang kecil.

Sarawak harus menyalahkan diri sendiri, ketika bertemu ATM tempoh hari. Dua kali mendahului lawan, dan akhirnya terpaksa akur sekadar seri 2-2. Dari segi peluang, ternyata ATM memiliki sedikit kelebihan. Hanya perlu menang dengan dua gol sambil mengharapkan Sarawak tumbang di Larkin.

Di atas kertas, keupayaan kedua-dua pasukan nyata berbeza. Baik dari taktikal atau gameplay, JDT boleh dianggap pasukan terbaik negara dengan serba lengkap di semua posisi. Sementara Sarawak, sehingga ke saat ini masih lagi terkial-kial mencari prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika dibimbing oleh Fuad. Dari tiga pertemuan termasuk Liga Super 2015, JDT menang ketiga-tiga pertemuan dengan rekod 2-1, 2-0 dan 3-0.

Sememangnya di akui, menang atau seri di Larkin adalah satu perkara yang mustahil. Tapi adakah itu dijadikan alasan Sarawak mengharapkan 'belas kasihan' dari JDT ? Bagi pasukan yang ditadbir secara profesional dan kali pertama beraksi di laman sendiri sebagai juara Piala AFC 2015 di tempat sendiri, kita harus sedar JDT tidak akan memberi laluan mudah kepada Sarawak, kerana harus menjaga 'air muka' mereka sendiri. Walaupun , Mario Gomez membayangkan JDT akan merehatkan sebahagian pemain utama, pemain pengganti mereka bukanlah calang-calang pemain. 

Untuk itu, Sarawak harus kembali ke alam realiti, berjuang sebagai satu unit di padang dan bermain habis-habisan untuk mencari kemenangan. Walaupun, tanpa pemain berpengaruh, Joseph Jalang Tie di padang, kita percaya pemain lain seperti Ronny, Hairol dan Shahrol berkeupayaan membangkitkan semangat juang pemain.

Tidak ada perkara mustahil atau kalah bulu, jika pemain menunjukkan komitmen 110 %, menggerakkan kudrat semaksimum mungkin dan menggunakan segala peluang yang ada. Tidak mustahil kejutan mampu dicipta.

Inilah yang ada pada darah pahlawan sebenar, bukannya menyembah di kaki lawan memohon simpati! Agi Idup Agi Ngelaban !!!

Artikel/Gambar: Sarawak Football


Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/timeline


Tuesday, November 17, 2015

Ivan Fatic Gagal Beri Impak

Ivan Fatic, pemain berprofil tinggi yang di bawa masuk oleh Robert Albert. Mampu bermain sebagai pertahanan ataupun midfield. Tetapi, posisinya di Sarawak lebih kepada defensive midfielder menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Junior Edstal.


Sarawak Football meramalkan Fatic antara salah seorang pemain yang akan digugurkan dari senarai perancangan Datuk K.Rajagopal untuk musim 2016 kerana tidak membawa kesan seperti yang diharapkan. 

Pemain yang setiap tahun bertukar kelab ini walaupun mempunyai badan yang sasa, tapi kerap kali tidak konsisten apabila bermain. Adakala, di waktu kemuncak bermain begitu baik dan menjaringkan gol. Tapi, lebih banyak tenggelam punca, perlahan dan kadangkala gagal mengawal perasaan panas baran.

Bahkan, Fuad Grbesic kerapkali menegur pemain ini ketika dalam permainan kerana lambat turun untuk menutup ruang. Lambat menutup ruang apabila diasak lawan sering menyebabkan pertahanan Sarawak menerima padah.

Untuk menyalahkan seorang pemain sememangnya adalah tidak adil, tapi itulah KPI seseorang pemain, Bermain di posisi defensive mid,  apabila serangan yang dirancang gagal, ketika itulah mereka akan menjadi barisan pertama yang akan bertahan sebelum lawan dapat memasuki zon pertahanan. 

Mengambil pemain import atau local import bermain sebagai defensive dilihat tidak perlu. Sebaliknya  untuk posisi ini, Sarawak Football berpendapat, Sarawak harus cuba menggilap pemain muda tempatan. 

Ciri-ciri pemilik posisi ini dia tidak semestinya berskill tinggi seperti attacking midfield. Yang wajib  dan harus ada ialah fizikal yang kuat, kepantasan dan kemampuan mempertahankan zon pertahanan, mampu membaca gerak lawan dan win dalam situasi perebutan bola.

Artikel: Sarawak Football


Friday, November 13, 2015

Mengapa Penyokong Sarawak Mahukan Salibasic ?

Apabila tersebar khabar angin Muammer Salibasic mungkin kembali semula ke Sarawak untuk musim 2016, majoriti penyokong menyifatkannya sebagai suatu berita yang amat dinanti-nantikan. Difahamkan akan kembali ke Sarawak pada Disember 2015 untuk ujian pemilihan.

Fenomena King Salibasic tercetus pada musim 2013, apabila bersama skuad The Invicibles Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah.

Sebahagian peminat pula merasakan FAS harus mencari pemain lain atas alasan bimbang risiko kecederaan yang berulang. Mungkin ada yang tidak menyedari ketika Salibasic 'hilang' seketika dari radar bolasepak Sarawak, secara diam-diam dia telah menjalani program pemulihan yang sangat ketat dan bermain dengan sebuah kelab di liga Bosnia untuk mengembalikan tahap kecergasan.
Aksi Salibasic ketika membantu Sarawak menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-0 pada musim 2013.
Menjawab persoalan mengapa penyokong Sarawak mahukan Salibasic ?

Salibasic memiliki  ciri-ciri pemain midfield berpengaruh yang hampir sempurna, Jika kita masih ingat bekas lagenda Singapura, Abbas Saad, begitulah karakter yang dimiliki oleh Salibasic. Kreativiti, berani, hantaran yang tepat, mampu menjaringkan gol dan kadangkala dalam masa yang sama boleh berubah menjadi penyerang itulah keistimewaan yang dimilikinya. 

Penyokong telah menyaksikan mata kepala sendiri, walaupun berusia 30 tahun, Salibasic bukanlah pemain yang suam-suam kuku. Menyertai Sarawak pada April 2013, dia telah menunjukkan keupayaannya sebagai 'mastermind' di jentera tengah dengan berkesan sehingga mendapat jolokan King Salibasic. Siapa yang masih ingat jaringan hat-trick Salibasic ketika menentang Perak di suku akhir Piala Malaysia 2015 ? Atau jaringan cantik Salibasic dari jarak 30 meter ketika menentang PKNS pada 2014 ? Atau kemasukan sebagai pemain gantian di mana hantaran cantik beliau berjaya disudahkan oleh Ryan Griffith ketika Sarawak mencipta sejarah mengalahkan Kelantan di Kota Bharu tahun lepas ?

Pemain import yang dibawa masuk seperti Patrick, Billy, Griffith, Milorad Janjus gagal menyaingi jejak yang ditinggalkan oleh Salibasic. Ketidakberkesanan di bahagian tengah banyak mempengaruhi persembahan Sarawak sehingga corak permainan mudah diramalkan oleh lawan. Faktor penyumbang kepada kegagalan mencatatkan kemenangan kerana pemain midfield gagal mencipta peluang. Inilah salah satu sebab mengapa Billy Mehmet tidak begitu menyinar bersama Sarawak, kerana tidak ada sokongan yang baik dari tengah.

Melainkan FAS atau Datuk K.Rajagopal mempunyai pilihan yang lebih baik, Sarawak Football bersetuju dengan peminat bolasepak, bawalah kembali King Salibasic ke Sarawak.

Artikel: Sarawak Football
Offcial FB: https://www.facebook.com/swkfootball/





Kalah 0-6, Tepati Ramalan Penyokong Akan Dibelasah Palestin !

Foto: AFP





Bukan niat untuk menghina, tetapi itulah yang terjadi apabila keputusan perlawanan berakhir dengan skrip yang sama, tewas 0-6 kepada Palestin. Dengan sebahagian besar pemain yang dipilih adalah dari pasukan terbaik liga, sukar untuk diucapkan dengan kata-kata, apa sudah jadi dengan pasukan kebangsaan dan liga bolasepak negara kita.

Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim awal-awal lagi sudah meramalkan pemergian skuad negara tidak ada makna apa-apa. Ketika temubual bersama Berita Harian, beliau menyatakan:
“Apa yang saya perhatikan, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, mereka (pasukan kebangsaan) sibuk dengan isu venue perlawanan yang saya kira tidak perlu kerana sebagai pemain, kita perlu bersiap sedia untuk beraksi di mana saja,”
Bekas pemain tengah Selangor, Malek Rahman menyifatkan kekalahan ini sangat sukar diterima;
"Paling teruk time saya Malaysia kalah dengan China 4-0 di Singapura dan Arab Suadi 3-0 di Riyadh tapi sekarang Malaysia asyik kena 6 hingga 10 gol"

Wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani pula menyatakan sudah tiba masa untuk nilai profesiinal diterap dalam jiwa pemain muda;
" Tidak kira siapa yang silap,generasi pemain bola sepak masa depan perlu disuntik dengan sahsiah untuk menjadi profesional yang lengkap,gemilang di peringkat kelab atau negeri begitu juga bersama skuad negara."

Bagi Sarawak Football, perkara ini bukan mejurus kepada kesalahan pemain atau jurulatih secara total. Malapetaka ini berlaku apabila urusan bolasepak diserahkan kepada bukan ahli atau pakarnya. Lihat saja di dalam struktur bolasepak negeri dan negara, boleh dihitung dengan jari berapa ramai bekas pemain bolasepak memegang jawatan penting. Duit ada, kemudahan ada, tapi bukan diuruskan oleh mereka yang bukan sepatutnya, inilah yang terjadi. 

Mungkin ketika ini dengan nada sinis, Dato K.Rajagopal dan Dollah Salleh melemparkan kata-kata sinis;
"FAM KAMU APA KHABAR ?"

Artikel: Sarawak Football
FB: https://www.facebook.com/swkfootball/



Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91476#sthash.uYt19XHH.dpuf

Thursday, November 12, 2015

Sarawak Bakal Kehilangan Tonggak Pertahanan ?


Daripada sumber yang terdekat, difahamkan Sarawak bakal kehilangan tonggak pertahanan Ronny Harun jika beberapa perkara dalam kontrak gagal mencapai persetujuan bersama. Bahkan pemain itu sendiri ketika ditanya sedikit masa lalu masih berteka-teki samada untuk kekal atau berhijrah ke pasukan lain.

Ketika ini Ronny sedang berada di Amman, Jordan dalam tugasan antarabangsa menentang Palestin dalam edisi Kelayakan Piala Dunia 2015.

Seandainya perkara ini benar, adalah satu perkara yang agak merugikan kerana melepaskan pemain penuh berpengalaman yang membentuk benteng pertahanan bersama Hairol, Patrick dan Ramesh.

Dari satu sudut, Sarawak terpaksa berbelanja untuk mencari pengganti yang benar-benar setanding dengan kapten Sarawak ini.

Apapun, jika berita yang diterima ini benar, Sarawak Football berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik dan cepat.

Wednesday, November 11, 2015

2016: Cari Penggempur Yang Lebih Berbisa


Rasanya tidaklah sukar untuk meramalkan pemain import mana yang akan digugurkan sebaik saja liga musim 2015. Tidak kira apa keputusan yang berlaku, majoriti penyokong berpendapat, Sarawak harus mencari penggempur import yang ada karakter untuk menggantikan Ryan Griffith. Adalah satu kejutan jika ada hasrat untuk menyambung kontrak pemain ini. Bahkan dari sumber kami, nama beliau adalah antara yang bakal digugurkan.

Tidak dinafikan, Griffith adalah penyerang yang baik dan mampu menjaringkan gol. Tapi, bagi Sarawak Football. Ryan Griffith gagal dalam tugasannya. Dibayar dengan gaji yang mahal, KPI untuk seorang penyerang hanya ada dua iaitu:
  1. Menjaringkan seberapa banyak gol
  2. Assist, membuka seberapa banyak ruang untuk rakan lain menjaringkan gol
Dalam ertikata yang mudah, penyerang import itu wajib memiliki “killer instinct” bila di dalam kotak penalti. Bukan setakat berlari atau jogging, kemudian kehilangan bola ataupun menjaringkan gol menerusi penalti.

Seandainya, Salibasic kembali ke Sarawak, sudah tentunya satu berita yang baik kerana beliau mampu menjaringkan gol. tapi harus diingat posisi beliau adalah lebih kepada attacking midfield.

Pernah memiliki pemain import seperti Ivan Babic, Muratovic, Aliredza, Janjus (sekadar menyebut beberapa nama), tapi semuanya tidak menghasilkan perfomance yang diharapkan.

Dengan tempoh hampir tiga bulan, Sarawak mempunyai masa dari 23 November 2015 sehinggalah 14 Februari 2016 untuk mencari pemain import yang baru.

Artikel/Gambar: Sarawak Football

Laluan Selangor lebih cerah jika jumpa ATM atau Sarawak


Belum pun tamat perlawanan kumpulan Piala Malaysia 2015, pemain-pemain Selangor seakan sudah berasa yakin untuk melangkah ke separuh akhir.

Dipetik melalui facebook Astro Arena, pemain import Selangor Andik Vermansah menyifatkan peluang mereka lebih cerah. Ini kerana hanya perlu berdepan dengan Sarawak ataupun ATM di suku akhir.

Berlainan pula dengan pandangan pertahanan Selangor, Rizal Fahmi yang menyifatkan Sarawak adalah lawan yang sukar berbanding dengan Sarawak (Harian Metro)

Pada ketika ini, hanya satu slot suku akhir sahaja masih belum diisi iaitu dari Kumpulan B. Dua pasukan yang masih berpeluang Sarawak dan ATM masing-masing akan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan pada 21 November 2015.

Sarawak akan bertemu JDT di Larkin, sementara di Paroi menyaksikan pertembungan di antara ATM dan Perak.

Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/timeline

Monday, November 9, 2015

Mampukah Dato K.Rajagopal Mengembalikan Semula Kegemilangan Sarawak ?


Dari kiri belakang: Ibrahim Mentali, Alistair Edwards, Ali Sapiee, Zaidel Sakup, Mazlan Wahed, David Evans
Dari kiri depan: Roslan Ismail, Ahmad Fairuz Yunus, Dahlan Matussin, Affendi Julaihi, Billy Bone
Skuad 1997 yang dianggap terbaik sepanjang zaman di dalam era bolasepak Sarawak. Berjaya mencipta sejarah menjuarai Liga buat julung-julung kalinya. 

Dipimpin oleh Alan Vest, Sarawak berhasil memiliki koleksi Naib Juara Liga Bahagian Dua 1991, Juara Piala FA 1992, Naib Juara Liga Premier 1993, Juara Liga Premier 1997.

Selain itu beberapa kali berjaya melangkah final Piala FA. serta hampir-hampir melengkapkan koleksi juara apabila melangkah ke final Piala Malaysia pada tahun 1999. Namun, kecewa apabila tewas kepada Brunei 1-2 di Stadium Merdeka.

Sejak daripada itu, prestasi Sarawak sukar diramal dan tidak dianggap sebagai pencabar.

Tahun 2013, seakan menyaksikan Sarawak kembali gah apabila menjadi juara Liga Premier 2013 dengan rekos tanpa kalah di bawah bimbingan Robert Rene Albert. Tapi, rupanya sekadar mimpi di siang hari apabila sekan kehilangan taring pada musim 2014 dan 2015.

Apabila FAS mengumumkan perlantikan Datuk K.Rajagopal, ramai peminat memberi reaksi berlainan. Ada yang positif dan tidak kurang yang bernada sinis. Namun, pengalaman yang pada jurulatih ini mungkin mampu memberi impak dengan syarat FAS mesti meletakkan KPI yang tinggi.

Sunday, November 8, 2015

Reshafiq Ikut Jejak Langkah Zamri Sertai Air Asia FC

Seorang lagi anak kelahiran Sarawak, Reshafiq Alwi sah menyertai pasukan Air Asia FC yang akan bermain di Liga FAM 2016. Perkara ini telah diumumkan pada 8 November 2015 di laman Facebook AirAsia Football Club.

Imbas kembali gandingan Reshafiq dan Zamri ketika bersama Sarawak musim 2014
Berusia 33 tengah dan bermain di posisi midfield, Reshafiq sebelum ini bermain dengan Sarawak pada tahun 2014. Digugurkan ekoran masalah kecederaan, kemudiannya menyertai Melaka United. Reshafiq seterusnya berjaya membantu Melaka United menjadi juara Liga FAM 2015.

Aksi Reshafiq ketika bersama Sarawak pada musim 2014

Diharapkan lebih ramai anak-anak Sarawak berani mencuba nasib melebarkan kerjaya bersama pasukan/kelab selain Sarawak.

Kepada Reshafiq, tahniah & semoga berjaya !!

Artikel/Gambar: Sarawak Football

https://www.facebook.com/swkfootball

Saturday, November 7, 2015

Penyokong Sarawak Mahu Dato K. Rajagopal Cari Pemain Import Yang Berkualiti

Muammer Salibasic antara pemain import terbaik yang pernah bermain untuk Sarawak

Musim 2015 semakin menghampir tirai penghujung, dan pada pada 2 Disember 2015, Dato Rajagobal dijangka secara rasmi memangku jawatan Ketua Jurulatih Sarawak. Ketika tumpuan terarah ke Piala Malaysia 2015, sessi 'tawar menawar' secara senyap-senyap sedang rancak berlaku dan beberapa nama pemain baru telah dikenalpasti untuk ditawarkan kontrak.Namun, belum ada secara rasmi diumumkan setakat ini.

Sejak diumumkan sebagai bakal calon jurulatih, Dato Rajagobal tidak pernah ketinggalan menyaksikan permainan Sarawak dan difahamkan dalam masa yang sama menilai pemain-pemain yang sedia ada termasuklah pemain import sekarang iaitu Ryan Alan Griffith, Ivan Fatic, Billy Mehmet dan juga Patrick Gerhadt.

Setiap kali musim baru peminat memerhatikan dengan penuh minat, siapakah calon import Sarawak ? Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Sarawak gagal membeli pemain import yang berkualiti dan sentiasa mengecewakan apabila beraksi di padang.

Namun, ada juga yang menonjol seperti Guy Bwele, Salibasic, Gabor Gyepes, Patrick Gerhadt dan Billy Mehmet.

Sarawak Football menjangkakan sekurang-kurangnya dua atau tiga pemain import yang terbabit bakal digugurkan dari skuad Sarawak.

Sama-sama nantikan siapakah calon import yang menepati citarasa Dato Rajagobal untuk bermain bersama Sarawak di musim 2016.

Artikel/Gambar: Sarawak Football
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/

Tahniah JKT dan Isteri Di Atas Kelahiran Anak Sulung !


Sarawak Football dan penyokong Sarawak mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi sulung kepada Joseph Kalang Tie serta isteri.

Menerusi Instagram, Joseph Kalang memuatkan satu gambar bertarikh & November 2015 kira-kira jam 9 malam yang menunjukkan bayi serta isteri beliau dengan caption berikut:


"No word can express how happy I am....thanks everyone for all prayers."

Difahamkan bayi lelaki beliau diberi nama Kendrick Lian Joseph dan siapa tahu bakal memiliki bakat bermain bola seperti bapanya.

Tahniah kita ucapkan ...

 Official Page: www.facebook.com/swkfootball/

 



Zamri Morshidi Kini Bersama Air Asia FC

Imbas kembali ketika Zamri Morshidi bersama Sarawak pada musim 2013

Now Every AAFC Players Can Fly!!!

Walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun, ternyata ianya tidak menghalang Zamri meneruskan karier di kelab lain. Bekas penyerang Sarawak, Zamri Morshidi kini bersama Air Asia FC yang bakal bersaing di Liga FAM untuk musim 2016.

AirAsia F.C yang ditubuhkan pada Ogos 2011 dimiliki oleh Air Asia dan menggunakan Stadium Universiti Putra Malaysia.

Difahamkan antara kemudahan yang disediakan untuk pemain ialah  para jurulatih, pegawai dan pemain-pemain akan mendapat  90% peratus diskaun ke atas semua destinasi AirAsia pada bila-bila masa termasuk keluarga mereka.

 Sebelum ini Zamri pernah menabur bakti bersama PKNS dan kembali semula ke Sarawak pada April 2013. Selepas digugurkan dari Sarawak, Zamri sekali lagi berkelana dan berjaya mendapat tempat di MOF FC yang pada masa itu dikendalikan oleh lagenda Sarawak, Jalil Haji Rambli.

Aksi Zamri ketika menentang Penjara FC - Foto Air Aisa FC
Kepada Zamri, kita ucapkan tahniah dan semoga berjaya membantu Air Asia FC untuk mencapai sasaran ke Liga Perdana pada musim 2017.

Artikel: Sarawak Football
Foto: Sarawak Football / Air Asia FC

Friday, November 6, 2015

RASMI: Senarai 23 pemain skuad Malaysia untuk perlawanan bertemu Palestin di Amman, Jordan, 12 November ini


Berikut senarai terbaharu 23 pemain dipanggil ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019




Turut berada di dalam senarai ialah pemain pertahanan yang bermain untuk Sarawak, Ronny Harun. Malaysia akan bertemu Palestin di Stadium King Hussein Sport City di Amman, Jordan, 12 November ini.

Majoriti pemain yang terpilih datang dari skuad JDT, Kelantan dan Pahang.

Kepada Ronny Harun, Sarawak Football ingin mengucapkan tahniah dan semoga berjaya

Thursday, November 5, 2015

Peluang Sarawak Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2015 Masih Samar


Walaupun JDT berjaya mengalahkan Perak 2-1 semalam di Ipoh, namun keputusan ini masih belum dapat mengesahkan tempat Sarawak di suku akhir. Berdasarkan kiraan jaringan dan jumlah mata, ternyata Sarawak masih dalam bahaya sekiranya kalah dengan defisit lebih dari dua gol kepada lawan. Namun, jika ATM gagal mengatasi Perak, slot terakhir sah milik Sarawak.

ATM hanya memerlukan kemenangan dengan kelebihan dua gol untuk merebut slot terakhir sambil mengharapkan Sarawak tewas di Larkin. Sarawak sekali lagi terpaksa mengharapkan keajaiban dengan harapan mencatatkan sekurang-kurangnya keputusan seri pada 21 November 2015. 

Sarawak Football menjangkakan JDT tidak akan memberi laluan mudah memandangkan pihak lawan juga sudah pasti mahu mengekalkan rekod bersih dengan menang semua perlawanan peringkat kumpulan.

Artikel/Gambar: Sarawak Football Copyright

Hukuman Ke Atas JKT Terlalu Berat !


Rata-rata penyokong Sarawak menyatakan rasa tidak puas hati ekoran penggantungan 5 perlawanan ke atas JKT ekoran insiden pergaduhan ketika pertemuan Sarawak dan Perak tempoh hari.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 3 NOVEMBER 2015

Sarawak Perlu "Bantuan" JDT Untuk Ke Suku Akhir



Sarawak mengharapkan JDT untuk mengalahkan Perak dan seterusnya membuka peluang ke suku akhir.

SUKU AKHIR (1st LEG) - 24 NOV 2015
Pahang v Lions
Kedah v PKNS
FELDA v JDT
Sarawak/Perak/ATM v Selangor


SUKU AKHIR(2nd leg) - 28 NOV 2015Lions v Pahang
PKNS v Kedah
JDT v FELDA
Selangor v Sarawak/Perak/ATM

Ong Kim Swee Panggil Ronny Ke Skuad Kebangsaan



Datuk Ong Kim Swee memanggil empat pemain dari senarai menunggu - Ahmad Fakri Saarani (Kelantan), Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak) & Fazly Mazlan (JDT) untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Palestin, 12 November ini.

Sumber : FAM