Sunday, November 29, 2015

Kekalkan J.Partiban Untuk 2016


J.Partiban, satu nama yang cukup dibenci dan sentiasa mendapat kritikan peminat pada awal musim 2015 setiap kali beraksi. Semuanya gara-gara gagal menunjukkan prestasi yang baik ketika bermain. Namun, semuanya berubah sebaik sahaja Fuad Grbesic mengambil alih sementara tugas melatih pasukan Sarawak.

Segala-galanya bermula dari gol pertama ketika Sarawak menentang Kelantan pada 22 Ogos 2015 dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu. Walaupun Sarawak tewas 3-4, J.Partiban berjaya mencuri tumpuan dengan satu gol dan satu assist.

Bagaikan mendapat tonik dan semangat baru, Partiban tidak lagi memandang ke belakang. Peningkatan demi peningkatan ditunjukkan di dalam setiap perlawanan sehingga mendapat pujian ramai daripada penyokong Sarawak. Antara kelebihan Partiban ialah memiiki larian pantas berserta hantaran silang cantik selain boleh bermain sama ada di sayap kiri atau kanan.

Terbaru .J. Partiban menunjukkan kemampuannya apabila membantu menyumbang kepada gerakan dua gol Sarawak ketika bertemu Selangor di dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2015. Semestinya kita masih ingat dua hantaran cantik oleh Partiban berjaya disudahkan oleh Billy Mehmet dan Ashri Chuchu. Situasi ini seakan memberi amaran dan petanda J.Partiban bakal menggegar dalam saingan Liga Super 2016.

Artikel: Gambar: Sarawak Football


No comments:

Post a Comment