Kelebihan ketika ini berpihak kepada Selangor yang berjaya menang 2-1 ketika bertemu Sarawak di suku akhir yang pertama Selasa lepas. Bermain di tempat sendiri Selangor tidak memiliki sebarang tekanan dan hanya perlu seri. Khabar gembira berjaya mendapat slot ke Piala AFC 2016 apabila dinobatkan selaku naib juara selepas mesyuarat eksekutif FAM Selasa lalu memutuskan Pahang dipotong enam mata menambahkan lagi semangat tuan rumah malam ini.
Berbeza dengan kem Sarawak tekanan sememangnya boleh dirasai, harapan untuk membawa skuad utama ke Shah Alam tidak kesampaian pabila tiga pemain utama Billy Mehmet, Ivan Fatic dan penjaga gol Iqbal Suhaimi tidak turut serta kerana mengalami kecederaan. David Usop tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat pemain dari barisan simpanan seperti Varathan, Shree Tambi, Papin, Shami, Tommy atau Mazwandi.
Tanpa kehadiran Ivan Fatic, David mungkin akan mempertimbangkan Ronny Harun untuk posisi defensive midfileder untuk menyekat gerakan atau percubaan jarak jauh lawan. Manakala kekosongan di bek tengah akan diisi oleh Varathan/Mazwandi.
Strategi 'man to man marking' ke atas Andik-Nazmi mungkin perlu untuk mengelakkan dua pemain ini mencipta gerakan. Dalam ertikata lain, barisan tengah perlu lebih pantas, agresif dan tidak memberi ruang kepada lawan.
Ketiadaan penjaring gol tunggal suku akhir pertama, Billy Mehmet bakal memberi kesan kepada jentera serangan Sarawak. Selain Joseph Kalang Tie yang masih digantung, Sarawak tidak memiliki penyerang yang benar-benar efektif sebagai pengganti Billy.
Sama ada terpaksa menagih kudrat pemain paling banyak dikritik musim ini
iaitu Ryan Griffith atau menurunkan penyerang muda yang sedang
meningkat naik, Tommy selaku penyerang. Manakala di bahagian tengah
Shahrol atau Shreen boleh bertindak sebagai perancang bergandingan
dengan Partiban-Ashri untuk mencipta peluang menjaringkan gol. Sarawak perlu memanfaatkan semua peluang yang ada samada serangan balas, set piece sama ada tendangan sudut, tendangan percuma mahupun lontaran jauh untuk menghasilkan gol.
Apapun, Sarawak Football percaya pemain Sarawak pasti sudah menyedari corak permainan lawan yang bakal di temui malam ini. Tenang, ikut arahan jurulatih, sentiasa fokus dan tidak melakukan kesilapan jika benar-benar dipratikkan, mungkin Sarawak ada peluang mencipta kejutan menumbangkan Red Giants di Shah Alam malam ini.
No comments:
Post a Comment