Imbas kembali ketika Zamri Morshidi bersama Sarawak pada musim 2013 |
Now Every AAFC Players Can Fly!!!
Walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun, ternyata ianya tidak menghalang Zamri meneruskan karier di kelab lain. Bekas penyerang Sarawak, Zamri Morshidi kini bersama Air Asia FC yang bakal bersaing di Liga FAM untuk musim 2016.
AirAsia F.C yang ditubuhkan pada Ogos 2011 dimiliki oleh Air Asia dan menggunakan Stadium Universiti Putra Malaysia.
Difahamkan antara kemudahan yang disediakan untuk pemain ialah para jurulatih, pegawai dan pemain-pemain akan mendapat 90% peratus diskaun ke atas semua destinasi AirAsia pada bila-bila masa termasuk keluarga mereka.
Sebelum ini Zamri pernah menabur bakti bersama PKNS dan kembali semula ke Sarawak pada April 2013. Selepas digugurkan dari Sarawak, Zamri sekali lagi berkelana dan berjaya mendapat tempat di MOF FC yang pada masa itu dikendalikan oleh lagenda Sarawak, Jalil Haji Rambli.
Aksi Zamri ketika menentang Penjara FC - Foto Air Aisa FC |
Artikel: Sarawak Football
Foto: Sarawak Football / Air Asia FC
No comments:
Post a Comment