Perlawanan kedua-dua pasukan dijangka seimbang namun apa yang pasti gol awal akan di cari. Tidak menghairankan jika di awal-awal perlawanan Selangor akan mengejutkan tuan rumah dengan serangan bertali arus untuk mencari gol awal. Jika Sarawak berjaya bertahan, maka tempo serangan terus akan menjadi milik sarawak yang kemudiannya akan perlahan.
Jika dulu, bermain di home dianggap sebagai satu disadvantage, namun dengan peraturan kelebihan gol di tempat lawan bakal menjadi igauan untuk tuan rumah di pertemuan kedua.
Justeru, Sarawak harus mencari kemenangan tanpa melepaskan sebarang gol, dan jika terpaksa seri juga tanpa bolos sebarang jaringan.
Meskipun, tanpa tonggak utama Joseph yang masih belum boleh beraksi namun David Usop dijangka menggunakan Tommy atau Ivan sebagai pengganti. Dengan Ryan Griffith yang masih 50-50 untuk diturunkan Sarawak dijangka membariskan kesebelasan seperti bertemu JDT.
Faktor keletihan mungkin menjadi ancaman untuk Sarawak, hanya sempat menjalani satu latihan sahaja pada petang Isnin. Sementara Selangor memiliki kecergasan yang lebih baik kerana tidak bermain pada Sabtu lepas. Tetapi, dengan momentum semangat yang masih ada dari Larkin, satu kelebihan untuk Sarawak. Manakala, Selangor tanpa perlawanan kompetitif sejak kebelakangan ini mungkin terpaksa mencari rentak untuk bermain dengan baik.
Pada peringkat suku akhir ini, semua pasukan memiliki kekuatan dan kelebihan yang sama. Ditentukan dengan kepintaran strategi jurulatih, menterjemahkan peluang yang ada,akan menentukan siapa pemenang. Kita yakin Sarawak tidak akan mensia-siakan peluang bermain di suku akhir ini, dan pemain sedar inilah masa untuk mereka membuktikan mereka lah yang terbaik, Semoga berjaya !!!
No comments:
Post a Comment