Wednesday, November 25, 2015

Masih Ada 90 Minit



Walaupun misi sukar bakal ditempuhi pada hari Sabtu ini di Shah Alam, jurulatih Sarawak David Usop masih optimis, anak-anak buahnya berpeluang mencipta kejutan mengatasi tuan rumah Selangor.

Menerusi temuramah yang dipetik dari Astro Arena, David yakin Sarawak masih mampu ke separuh akhir dengan syarat pemain tidak melakukan kesilapan kritikal seperti yang dilakukan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Negeri. Tempoh rehat tiga hari yang tinggal akan digunakan sebaik-baiknya untuk 'post mortem' sebelum ke Shah Alam pada hari Jumaat.

Nada berbeza pula dilontarkan oleh jurulatih Selangor Mehmet Durakovic yang ternyata begitu gembira dengan kemenangan di tempat lawan. Walaupun, risau dengan kemampuan Sarawak memberi tekanan dalam perlawanan tempoh hari, beliau tetap lega pemai-pemainya berjaya menggunakan peluang yang dperolehi.

Bagi Sarawak Football. kita masih lagi berpeluang dengan syarat Sarawak harus 'all out' dalam pertemuan kedua. David juga harus berani mengambil risiko merehatkan Ryan Griffith dan menurunkan Tommy Mawat dan Ivan Fatic yang lebih agresif dan pantas untuk menyaingi Nazmi-Andik di bahagian tengah.

No comments:

Post a Comment