Tuesday, December 22, 2015
Aidil Mohammad Umumkan Persaraan
Penjaga gol senior Sarawak, Aidil Mohammad telah mengumumkan persaraannya pada hari ini setelah 9 tahun menyumbang bakti kepada Sarawak.
Mula beraksi pada tahun 2007, Aidil telah beraksi di bawah bimbingan beberapa jurulatih seperti Haji Zaki, Fuad, Robert Albert dan David Usop.
Perlawanan terakhir beliau bersama Sarawak ialah ketika tewas 2-3 kepada PDRM pada 8 Ogos 2015. Aidil akan kembali semula berkhidmat di Pejabat Residen Mukah pada 1 Januari 2016 akan datang. Kepada Aidil Mohammad kita ucapkan selamat bersara dan kembali ke pejabat.
Monday, December 14, 2015
Senarai Pemain Baru Sarawak 2016
Seperti dimaklumkan pada minggu lepas oleh Sarawak Football, pemain-pemain baru yang sudah berada/akan tiba di Kuching dan bakal menyertai pasukan Sarawak FC 2016 setakat ini ialah:
- Gilmar Jose da Silva Filho (Penyerang)
- Shahrul Sha'ari (Penjaga Gol)
- K.Gurusamy (Pemain Tengah)
- Syahrul Azwari (Penyerang)
- Ndumba Makeche (Penyerang)
- Mohd Akmal (Pemain Tengah)
Senarai nama di atas mungkin berubah tertakluk kepada perubahan saat akhir & pengumuman rasmi oleh FAS
Offcial FB: Sarawak Football
Artikel: Sarawak Football FB
Sunday, December 13, 2015
Sarawak Dapat Pemain Baru
Seperti dijangkakan, minggu ini akan menyaksikan kehadiran beberapa pemain baru ke Kuching untuk menjalani sesi pemilihan dan latihan sebagai persiapan Sarawak menghadapi Liga Super Malaysia 2016. MSL secara rasmi akan bermula pada pertengahan Februari 2016.
Dua pemain yang sah akan tiba setakat ini ialah Gilmar Jose da Silva Filho dan juga Sharil Sa'ari, Setakat ini hanya dua pemain ini sahaja dilaporkan sah bersama Sarawak. Sementara beberapa nama lain seperti K.Gurusamy dan Syahrul Azwari masih lagi dalam perbincangan atau hanya setakat status khabar angin.
Penyerang prolifik, Gilmar dijangka akan tiba pada hari Selasa ini dan seterusnya menandatangani kontrak. Sementara Shahril Sa'ari yang bakal beraksi sebagai penjaga gol dijadualkan tiba di Kuching pada hari ini.
Sarawak dijadualkan akan memulakan latihan pertamanya di bawah kendalian jurulatih berpengalaman Datuk K.Rajagopal.
Saturday, December 12, 2015
Selangor Juara Piala Malaysia 2015
Ahmad Hazwan Bakri meraikan jaringan kedua beliau dalam aksi TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Foto: Dunia Sukan |
Kemenangan Selangor ini membolehkan skuad Red Giants merealisasikan Misi 33 setelah tahun demi tahun dilancarkan. Selain itu, Mehmet Durakovic juga mencipta sejarah menjadi bekas awang import pertama pasukan itu meraih kejuaraan selaku
jurulatih.
Kedua-dua pasukan bermain dengan cukup rancak dengan aksi berbalas serangan dan dibayangi terjahan-terjahan keras sehingga perlawanan terpaksa dihentikan beberapa kali
Seperti biasa Andik, Guilherma de Paula dan Nazmi memainkan peranan penting selaku perancang utama Selangor. Walaupun padang basah, namun tidak memberi sebarang masalah kepada mereka untuk
menguasai bola dalam permainan. Corak pertahanan tight marking juga berjaya melumpuhkan serangan Kedah yang diterajui oleh Chidi Edeh dan Liridon. Selangor meledakkan gol pertama pada minit ke-4 apabila Ahmad Hazwan Bakri menyempurnakan hantaran Guilhherme De Paula. Gol kedua sekali lagi menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-48 seakan merentap semangat Kedah untuk bangkit kembali.
Kedah selaku Juara Liga
Perdana 2015 pada awalnya tidak diberi harapan untuk mara jauh, sebaliknya
mencipta kejutan apabila menempatkan diri di pentas final. Namun, Kedah yang
terkenal dengan corak permainan passing game gagal bermain seperti biasa
akibat padang becak. Kegagalan menyekat counter attack, kesilapan individu serta tidak melakukan perubahan taktikal antara faktor kegagalan Kedah di final kali ini. Aksi malam tadi turut menyaksikan layangan kad merah yang kepada penjaga gol Kedah, Mohd Firdaus kerana menampan bola di luar kotak penalti.
Aksi malam tadi turut
dicemari layangan kad merah yang diterima oleh penjaga gol Kedah, Mohd
Firdaus Muhamed, gara-gara menampan bola di luar kotak penalti.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Aksi malam tadi turut
dicemari layangan kad merah yang diterima oleh penjaga gol Kedah, Mohd
Firdaus Muhamed, gara-gara menampan bola di luar kotak penalti.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Aksi malam tadi turut
dicemari layangan kad merah yang diterima oleh penjaga gol Kedah, Mohd
Firdaus Muhamed, gara-gara menampan bola di luar kotak penalti.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Aksi malam tadi turut
dicemari layangan kad merah yang diterima oleh penjaga gol Kedah, Mohd
Firdaus Muhamed, gara-gara menampan bola di luar kotak penalti.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/104544
Pemain terbaik malam ini Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan kemenangan berjaya dicapai kerana pemain sentiasa mengikut arahan jurulatih sambil mengucapkan tahniah
kepada para penyokong yang tetap hadir memberi sokongan walaupun dalam keadaan hujan lebat sebelum permainan.
Sarawak Football mengucapkan tahniah kepada pasukan Selangor.
Friday, December 11, 2015
Bekas Penjaga Gol T-Team, Shahril Sa'ari Sertai Sarawak
Penjaga
gol utama pasukan T-Team musim ini, Shahril Sa'ari dilaporkan menyertai
pasukan Sarawak untuk menghadapi saingan Liga Super 2016. Perkara
ini juga dinyatakan oleh beliau menerusi instagram peribadinya Sharil25 sebentar tadi.
Menerusi perbualan ringkas dengan beliau semalam difahamkan akan mengikat kontrak selama dua tahun.
Sebelum bersama T-Team, Shahril telah menyertai pasukan T-Team, Terengganu, Harimau Muda A dan Sabah. Shahril baru berusia 25 tahun dan berketinggian 175 cm. Bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Fadzley yang tidak disambung kontraknya oleh FAS.
Sharil dilaporkan sebelum ini berada di Kuching untuk mengadakan perbincangan, tetapi kembali semula ke Semenanjung Malaysia. Sarawak dijangka akan memulakan latihan pertama nya pada 15 Disember 2015 di bawah kendalian Datuk K.Rajagopal
Kepada Shahril, Sarawak Football ucapkan selamat datang dan semoga berjaya !
Wednesday, December 9, 2015
Frank Bernhardt Dipilih Sebagai Jurulatih Skuad B-23 Malaysia
Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM hari ini telah membuat keputusan
melantik Frank Bernhardt dari Jerman sebagai jurulatih skuad B-23
Malaysia
Bernhardt sebelum ini berpengalaman melatih Estonia B19 dan membawa negara itu ke kejohanan
UEFA B19 pada tahun 2009 dan 2011.
Dua jurulatih lain turut berada di dalam senarai pemilihan iaitu Michael Weiss (bekas jurulatih skuad kebangsaan Filipina) dan Ong Kim Swee. Namun, Ong Kim Swee dilaporkan tidak memohon untuk jawatan ini.
Skuad Malaysia B23 ialah skuad muda yang dipertanggungjawabkan membawa cabaran negara ke kejohanan sukan Olimpik, sukan Asia dan juga sukan SEA.
Tuesday, December 8, 2015
Pengiran Bala Dilantik Sebagai Jurulatih Piala Belia 2016
Bekas jurulatih Sarawak musim 2007, Pengiran Bala telah diberi mandat oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk melatih skuad Piala Belia untuk musim 2016. Pengiran Bala akan dibantu oleh Ibrahim Mantali dan juga Jahar Nor.
Pada musim 2014, skuad Piala Belia dilatih oleh Fuad Grbesic yang kini menjadi jurulatih Piala Presiden dan skuad SUKMA.
Pengiran Bala, satu nama yang cukup terkenal di era awal Ngap Sayot di bawah kendalian Awang Mahyan. Mencipta sejarah bolaepak tanah air apabila mencipta rekod gol terpantas iaitu 5 saat sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan. Dalam perlawanan tersebut Sarawak mencipta kemenangan 2-0 menewaskan Pahang yang ketika itu dibarisi bintang ternama seperti Piyapong Pue On, Attapol Buspakom dan juga Vitoon Kijmongkolsak
Beliau merupakan salah seorang
jurulatih di Sarawak yang memiliki Lesen A dalam sijil kejurulatihan
bersama-sama dengan Abdul Wahet Uji, Mohd Mentali dan Lucas Kallang.
Tugasan pertama beliau ialah membuat pemilihan skuad Belia yang dijadual berlangsung dari 7 sehingga 12 Disember 2015.
Sarawak Football berharap kehadiran Pengiran Bala, Ibrahim Mantali dan Jahar Nor akan dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pemain muda di Sarawak. Selain bersaing dengan pasukan dari negeri lain diharap menemui bakat-bakat baru yang boleh diserap ke skuad senior Sarawak suatu masa nanti.
Sunday, December 6, 2015
Selangor dan Kedah Ke Final Piala Malaysia 2015
Gambar: Dunia Sukan |
Kedah dan Selangor bakal bertarung di Piala Malaysia 2015
selepas berjaya mengenepikan saingan masing-masing di peringkat separuh akhir semalam.
Juara Liga Perdana 2015, Kedah mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Felda di Stadium Darulaman dan seterusnya layak ke final dengan aggregat 4-3. Sebelum itu, dalam separuh akhir pertama kedua-dua pasukan terikat dengan 2-2.
Di Stadium Shah Alam, impian Selangor untuk menghampiri Misi 33 hampir tercapai setelah berjaya menyingkirkan juara Piala Malaysia 2014, Pahang dengan jaringan 2-0. Sekaligus membolehkan Selangor mara ke akhir dengan aggregat 2-0
Final Piala Malaysia 2015 bakal mengulangi pertemuan pada tahun 1998 di mana pada masa itu Kedah muncul juara setelah menewaskan Selangor 3-2.
Perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 12 Disember ini di Stadium Shah Alam
Sarawak pula kali terakhir mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia ketika dibimbing oleh Jalil Ramli pada tahun 1999 tetapi tewas kepada Brunei 1-2.
Friday, December 4, 2015
Kelantan Umum Senarai Pemain Musim 2016
Gambar: TRWFC |
Dalam
majlis yang sama Kelantan turut memperkenalkan tiga pemain baru iaitu
Muslim Ahmad,Faizal Abu Bakar dan Abdul Manaf Mamat. Kelantan akan
dibimbing oleh jurulatih baru K.Devan
Berdasarkan senarai nama yang diperolehi, skuad Kelantan membariskan
- Khairul Fahmi Che Mat
- Shahrizan Ismail
- Mohd Syazwan Yusof
- Norhafiz Zamani
- Nik Shahrul
- Farisham Ismail
- Mohd Noor Hazrul
- Zairul Fitree
- Jonathan Mckain
- Brendan Gan
- Wan Zack
- Wan Zaharuknizam
- Mohd Nor Farhan
- Khairul Izuan
- Mohd Badhri Radzi
- Abdul Manaf Mamat
- Mohd Faizal Abu Bakar
- Muslim Ahmad
- Mohd Dayyum
- Shahrul Hakim
- Fakhrul Zaman
- Amir Zikri
- Zafran Akramin
- Syahrul Azwari
- Faris Shah
- Mohd Ramadahan
Perak Umum Senarai Nama Pemain Liga Super 2016
Gambar: Perak The Bos Gaurus |
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam satu sidang media,di sini hari ini.
Pemain-pemain tersebut ialah:
- Mohmamad Nasir Basharudin,
- Muhd Arif Ismail
- Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari
- Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari
- Mohd Syazwan Mohd Roslan
- Mohammad Raffi Nagoorgani
- Nazirul Naim Che Hashim
- Mohd Norhakim Isa
- Ahmad Sukri Ab Hamid
- Mohamad Hafiz Ramdan
- Muhammad Rafiq Faeez Muhammad Fuad
- Muhammad Ridzuan Azly Hussham
- Khairul Ashraf Sahizah
- Amirul Azhan Aznan
- Muhammad Fikri Sudin
- Muhammad Zamir Selamat
- Muhammad Hafizul Khairul Nizam Jothy
- Muhammad Syazani Mat Puat
- Thiago Junio De Aquino.
Tambahnya lagi, pasukan Perak masih mempunyai tiga kekosongan bagi pemain import.
“Pemilihan akan dibuat seawal-awalnya pada 15 Disember ini. Kita akan minta mereka yang berminat datang ke sini
“Selain itu, kita masih ada lagi dua kekosongan untuk pemain tempatan dan kita sedang berunding dengan beberapa pemain yang kita akan membawa masuk ke pasukan Perak,”jelasnya.
Abdul Puhat mengumumkan pelantikan Ken Worden sebagai Pengarah Teknikal PAFA yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2015.
“Beliau akan bertanggungjawab untuk membantu aspek teknikal yang melibatkan semua program pembangunan sukan bolasepak di bawah kendalian PAFA.
“Pihak pengurusan PAFA juga telah menetapkan peranan beliau untuk terlibat secara langsung di dalam program pencarian bakat-bakat baru bolasepak di seluruh Negeri Perak serta merancang program pembangunan dan kecemerlangan sukan bolasepak Perak mulai tahun 2016,”jelasnya.
Sumber: Perak The Bos Gaurus
“Pemilihan akan dibuat seawal-awalnya pada 15 Disember ini. Kita akan minta mereka yang berminat datang ke sini
“Selain itu, kita masih ada lagi dua kekosongan untuk pemain tempatan dan kita sedang berunding dengan beberapa pemain yang kita akan membawa masuk ke pasukan Perak,”jelasnya.
Abdul Puhat mengumumkan pelantikan Ken Worden sebagai Pengarah Teknikal PAFA yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2015.
“Beliau akan bertanggungjawab untuk membantu aspek teknikal yang melibatkan semua program pembangunan sukan bolasepak di bawah kendalian PAFA.
“Pihak pengurusan PAFA juga telah menetapkan peranan beliau untuk terlibat secara langsung di dalam program pencarian bakat-bakat baru bolasepak di seluruh Negeri Perak serta merancang program pembangunan dan kecemerlangan sukan bolasepak Perak mulai tahun 2016,”jelasnya.
Sumber: Perak The Bos Gaurus
Lim Teong Kim Pertahankan Pendiriannya
Kuala Lumpur: Selepas berdiam diri sejak kenyataan panasnya
melabelkan jurulatih tempatan sebagai ‘bodoh sombong’, akhirnya Pengarah
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim hari ini tampil bersuara mempertahankan pendiriannya itu.
Tegasnya, walaupun dirinya dikritik hebat oleh Persatuan Jurulatih
Bolasepak Malaysia (PJBM) berhubung kenyataannya sebelum ini, beliau
enggan mengambil pusing sebaliknya mahu jurulatih tempatan segera
mengubah kaedah serta etika kerja ketika latihan kepada ekosistem yang
lebih moden dan terkini.
Katanya, kegagalan pasukan bola sepak kebangsaan bersaing di pentas
antarabangsa serta kualiti Liga Malaysia (Liga-M) yang rendah disebabkan
kebanyakan jurulatih tempatan masih mengamalkan teknik lama dengan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Persatuan Negeri (FA) diakuinya
gagal berfungsi.
“Kalau latihan masih ikut cara gua atau duduk dalam gua, macam mana bola sepak kita mahu naik. Mahu tahu kenapa, ianya sebab jurulatih kita di Malaysia kebanyakan masih tidak menukar cara latihan mereka kepada bola sepak moden.
“Kalau bola sepak dijaga FA dengan baik tak mungkin kita akan jadi
begini. Dalam aspek pembangunan itu sendiri banyak kerja dan ianya bukan
senang. Malah kami di PPBN pun tidak cakap banyak.
“Kamu mesti faham, misalnya di Iceland mereka cuma ada 300,000 orang
sahaja tetapi bagaimana mereka boleh masuk ke pusingan akhir EURO 2016
di Perancis tahun depan. Mereka juga tidak ada liga profesional.
“Jadi, bagaimana mereka boleh layak? Kemenangan bukannya boleh dapat
dengan hanya memetik jari, tetapi perlukan pembangunan dan kerja keras
semua pihak,” katanya.
Jelas bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu, kenyataan pedasnya
sebelum ini sekadar pandangan peribadi yang tidak mengaitkan mana-mana
individu.
“Kalau saya bongkak, apa mereka susah. Saya sudah 12 tahun di Bayern Munich dan saya bercakap berdasarkan pengalaman. Lagipun sebelum ini, saya tidak sebut langsung nama sesiapa pun, saya cakap secara am.
“Mungkin saya juga tujukan kepada jurulatih di bawah seliaan PPBN sejumlah 700 lebih jadi mengapa pula mahu terasa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Thursday, December 3, 2015
Wakil Asia Iran Berada Dalam Kelompok 50 Ranking Terbaik Dunia
Berdasarkan senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA pada 3 Disember 2015, Iran selaku ahli gabungan AFC berjaya menempatkan diri selaku 50 pasukan terbaik di dunia pada masa ini. Sementara Belgium, Argentina dan Sepanyol berada pada kedudukan tiga terbaik keseluruhan.
Malaysia pula hanya sekadar berada pada kedudukan 170 daripada 204 buah negara. Berikut ialah kedudukan negara-negara dari zon AFC dalam senarai ranking FIFA (kedudukan di dalam kurungan):
- Iran (45)
- Korea Selatan (51)
- Jepun (53)
- Australia (57)
- UAE (65)
- Uzbekistan (74)
- Arab Saudi (80)
- China (84)
- Qatar (86)
- Jordan (87)
- Iraq (89)
- Oman (104)
- Korea Utara (105)
- Kyrgyztan (108)
- Turkministan (119)
- Bahrain (124)
- Syria (125)
- Thailand (133)
- Palestin (134)
- Hong Kong (137)
- Kuwait (139)
- Filipina (139)
- Lebanon (139)
- Vietnam (147)
- Tajikistan (148)
- Singapura(149)
- Afghanistan (150)
- Guam (157)
- Myanmar (158)
- Maldives (160)
- India (166)
- Malaysia (170)
- Timor Leste (170)
- Laos (174)
- Indonesia (177)
- Cambodia (180)
- Bangladesh (182)
- Taiwan (182)
- Pakistan (184)
- Brunei (185)
- Bhutan (188)
- Nepal (192)
- Sri Lanka (194)
- Macau (195)
- Mongolia (201)
Wednesday, December 2, 2015
Siapakah Bakal Pengganti Joseph Kalang Tie ?
Tahniah kepada Joseph Kalang Tie Yang akhirnya secara rasmi menjadi milik pasukan Terengganu setelah menandatangi kontrak selamat setahun. Ketiadaan Joseph telah meninggalkan ruang kosong di bahagian tengah Sarawak. Ini terbukti apabila ketiadaannya di jentera tengah telah memberi kesan kepada persembahan Sarawak di suku akhir Piala Malaysia 2015. Sarawak gagal ke separuh akhir setelah tewas 2-3 secara aggregat kepada Selangor.
Tidak
dinafikan, saingan pada musim 2016 akan datang, Sarawak memerlukan
seorang atau dua pemain tengah yang benar-benar berkaliber, memiliki
daya kreatif, ball winner dan juga ada naluri menyerang. Sejak dua musim
ini Sarawak ketandusan pemain-pemain tengah yang baik sehingga
menjejaskan barisan pertahanan dan serangan.
Justeru timbul persoalan, siapakah bakal pengganti Joseph Kalang Tie ?
Setakat
ini hanya seorang pemain sahaja yang sudah hampir sah bersama Sarawak iaitu
bekas penyerang Kelantan yang berasal dari Brazil, Gilmar Jose da Silva
Filho. Seorang lagi pemain yang berada di dalam radar Sarawak pada
ketika ini masih lagi bermain dengan pasukan yang sedang berentap di
separuh akhir Piala Malaysia 2015.
Tumpuan
seterusnya, persoalan siapa pula pemain import tempatan yang bakal
dipikat oleh FAS dan Datuk K.Rajagopal. Dua nama yang disebut-sebut pada
ketika ini mungkin menjadi kenyataan. Difahamkan Wan Zack kini sudah
berada di dalam proses rundingan akhir. Sementara, Ahmad Fakri Sharaani dikatakan akan menandatangani kontrak pada bila-bila masa.
Namun,
semuanya akan bergantung kepada persetujuan atau perubahan di saat-saat
akhir dan jika tiada tawaran balas dari pasukan lain atau lain-lain
aral melintang, kelibat pemain ini akan dapat dilihat pada latihan
pertama Sarawak yang dijadualkan pada 15 Disember 2015.
Hati Ku Hanya Untuk Sarawak
Hati Ku Hanya Untuk Sarawak. begitulah kata-kata dari kapten Sarawak Ronny Harun musim 2015 apabila ditanya sama ada akan terus menabur khidmat di Sarawak atau sebaliknya. Kenyataan ini sekaligus menafikan khabar angin menyatakan bahawa Ronny akan meninggalkan Sarawak untuk mencari haluan baru. Ronny menyatakan antara sebab untuk terus kekal kerana selesa bermain di Sarawak dan sentiasa mendapat sokongan padu penyokong ketika beraksi.
Beberapa minggu yang lepas pemain berpengalaman berusia 31 tahun ini juga dikaitkan dengan Juara Liga FAM 2015 iaitu Melaka United.
Ronny Harun mula menyertai Sarawak pada tahun 2013 dan baru-baru ini telah mendapat pujian di atas persembahan cemerlang ketika Malaysia tewas kepada UAE 1-2 pada pusingan Kelayakan PIala Dunia 2018.
Sarawak Football berharap Ronny Haruan akan terus cemerlang bersama-sama rakan di barisan pertahanan seperti Rames Lai, Hairol dan juga Dzulazan.
Artikel / Gambar : Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football
Tuesday, December 1, 2015
Senarai Pemain Yang Tidak Lagi Bersama Sarawak 2016
Dari sumber kami, berikut ialah senarai pemain-pemain yang tidak lagi bersama Sarawak untuk musim 2016:
- Joseph Kalang Tie (Terengganu)
- Sabri Sahar (Sabah)
- Nazri Kamal (PDRM)
- G. Mahathevan (Release)
- Mohd Fadzley Rahim (Release)
- A. Varathan (Release)
Setakat ini hanya seorang pemain yang sah di bawa masuk iaitu Gilmar, bekas penyerang Kelantan
Artikel / Gambar: Sarawak Football
Offcial FB: Sarawak Football
Monday, November 30, 2015
Joseph Kalang Sah Ke Terengganu
Joseph Kalang Tie akhirnya secara rasmi mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama Sarawak pada musim depan. Sebaliknya Joseph memilih untuk kembali semula ke Terengganu untuk saingan Liga Super 2016. Majlis menandatangani kontrak dijangka akan dilakukan pada 2 Disember 2015 di Terengganu.
Sebelum ini Joseph dikaitkan dengan pelbagai pasukan seperti JDT, namun memilih untuk mendiamkan diri. Akhirnya menerusi satu kenyataan rasmi yang diberi oleh Joseph kepada Dunia Sukan dan Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, segala persoalan ke mana hala tuju pemain ini akhirnya terjawab. Joseph memilih untuk mengumumkan hasratnya berhijrah selepas pukul 12 tengah malam sebagai menghormati kontraknya yang tamat pada 30 November 2015 bersama Persatuan Bolasepak Sarawak.
Memulakan karier bersama Sarawak pada tahun 2006, Joseph kemudian memilih untuk berhijrah ke Terengganu pada tahun 2010 sehingga 2011. Antara kejayaan yang beliau kecapi bersama Terengganu ialah menjuarai Piala FA 2011 setelah mengalahkan Kelantan di pentas perlawanan akhir. Tahun 2012, Joseph kembali bersama Sarawak dan memenangi Juara Liga Premier 2013 dan melayakkan diri ke peringkat
separuh akhir Piala Malaysia dalam tahun yang sama. Bersama Bobby Gonzales, Salibasic, Zamri dan lain-lain, mereka telah membentuk gandingan yang digelar The Invicibles kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2013.
Joseph juga pernah dipanggil beberapa kali untuk bermain bersama skuad Malaysia di bawah pimpinan Datuk K.Rajagopal dan juga Dollah Salleh.
Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Joseph, mungkin tidak terkejut dengan pilihan haluannya ke Terengganu. Apabila kontraknya tidak disambung semula, Joseph pernah memberitahu Bernama dengan kenyataan berikut:
"Saya sayangkan Terengganu dan saya mengucapkan terima kasih terutama
sekali kepada rakyat Terengganu dan penyokong Terengganu serta para
wartawan. Kemungkinan saya akan kembali lagi ke sini (Terengganu) suatu hari
nanti kalau ada tawaran,"
Rata-rata penyokong Sarawak menerima baik keputusan Joseph, sebagai lumrah di dalam kerjaya seorang pemain bolasepak profesional. Kepada Joseph Kalang Tie, Sarawak Football mengucapkan selamat berjaya. Kepada penyokong-penyokong Terengganu, jagalah dan layanlah wira kami ini sebaik-baiknya.
Billy Mehmet Dijangka Tinggalkan Sarawak
Billy Mehmet dijangka akan mengakhiri kontraknya dengan pasukan Sarawak dan tidak akan beraksi pada musim 2016. Bagaimanapun tidak diketahui ke mana hala tuju pemain ini seterusnya walaupun ada desas desus menyatakan Billy akan kembali semula ke Kedah.
Penyerang yang berketinggian 1.89 meter ini di bawa masuk untuk digandingkan dengan Ryan Grffith. Ketika beraksi dengan Kedah pada musim 2014, Billy berjaya menjaringkan 23 gol. Sementara di Sarawak, Billy berjaya menjaringkan 14 gol daripada 25 penampilan.
Perlawanan terakhir Billy bersama Sarawak ialah ketika menentang Selangor pada suku akhir pertama Piala Malaysia 2015. Tetapi, dia tidak beraksi pada suku akhir kedua di Shah Alam atas alasan kecederaan.
Nantikan berita selanjutnya ....
Sunday, November 29, 2015
Kekalkan J.Partiban Untuk 2016
J.Partiban, satu nama yang cukup dibenci dan sentiasa mendapat kritikan peminat pada awal musim 2015 setiap kali beraksi. Semuanya gara-gara gagal menunjukkan prestasi yang baik ketika bermain. Namun, semuanya berubah sebaik sahaja Fuad Grbesic mengambil alih sementara tugas melatih pasukan Sarawak.
Segala-galanya bermula dari gol pertama ketika Sarawak menentang Kelantan pada 22 Ogos 2015 dalam saingan Liga Super 2015 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu. Walaupun Sarawak tewas 3-4, J.Partiban berjaya mencuri tumpuan dengan satu gol dan satu assist.
Bagaikan mendapat tonik dan semangat baru, Partiban tidak lagi memandang ke belakang. Peningkatan demi peningkatan ditunjukkan di dalam setiap perlawanan sehingga mendapat pujian ramai daripada penyokong Sarawak. Antara kelebihan Partiban ialah memiiki larian pantas berserta hantaran silang cantik selain boleh bermain sama ada di sayap kiri atau kanan.
Terbaru .J. Partiban menunjukkan kemampuannya apabila membantu menyumbang kepada gerakan dua gol Sarawak ketika bertemu Selangor di dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2015. Semestinya kita masih ingat dua hantaran cantik oleh Partiban berjaya disudahkan oleh Billy Mehmet dan Ashri Chuchu. Situasi ini seakan memberi amaran dan petanda J.Partiban bakal menggegar dalam saingan Liga Super 2016.
Artikel: Gambar: Sarawak Football
Saturday, November 28, 2015
Sarawak Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Gambar: Berita Harian |
Sarawak akhirnya terpaksa mengucapakan salam perpisahan di arena Piala Malaysia 2015 apabila hanya sekadar mampu seri 1-1 di Stadium Shah Alam. Keputusan seri ini tidak cukup untuk membantu Sarawak kerana Selangor menang secara aggregat 3-2.
Sarawak terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 22 apabila Ashri Chucu berjaya menyudahkan hantaran Partiban. Selang dua minit kemudian, tendangan percuma oleh Patrick Gerhadt berjaya diselamatkan oleh Patrick Gerhadt. Belum pun sempat Sarawak menarik nafas lega, Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Afiq. Menerusi satu serangan balas, lambungan bola dari kawasan Selangor gagal dikeluarkan oleh Fadzley dengan baik dan Afiq tidak mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan.
Di separuh masa kedua, Sarawak memulakan aksi dengan lebih garang dan hampir-hampir berjaya menjaringkan gol menerusi Patrick dan sekali lagi dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol Selangor, Norazlan.
Sarawak terus menguasai permainan dengan memasukkan Tommy dan Nur Sharmie Iszuan tapi gagal menghasilkan sebarang gol.
Di minit-minit akhir perlawanan, Sarawak terpaksa berkasi dengan 10 orang pemain setelah Shreen Tambi dilayangkan kad kuning yang kedua.
Tamat perlawanan, Selangor dan Sarawak terikat 1-1. Selangor akan bertemu Pahang di separuh akhir, manakala satu lagi pertemuan melibatkan Kedah dan Felda United.
Fadzley Ganti Iqbal
Turun tanpa penjaga gol utama Iqbal Suhaimi, Sarawak bakal menurunkan Mohamad Fadzley selaku penjaga gol utama malam ini. Iqbal tidak akan beraksi kerana mengalami kecederaan. Turut berada di dalam senarai pemain yang cedera ialah Billy Mehmet dan juga Ivan Fatic.
Fadzley kali terakhir beraksi ketika Sarawak menewaskan Lions 2-1 pada 19 Ogos 2015 ketika kempen Liga Super 2015. Selain itu, Sarawak memiliki seorang lagi penjaga gol iaitu Aidil Mohamad selaku penjaga gol kedua malam ini.
Sarawak akan berdepan dengan Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini. Dalam perlawanan pertama pada 24 November 2015 yang lepas, Selangor berjaya menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri.
Sama-sama kita tunggu, siapakah yang lebih kebal di gawang. Fadzley atau Norzalan ?
Artikel / Gambar: Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football
Friday, November 27, 2015
Sarawak Masih Berpeluang
Kelebihan ketika ini berpihak kepada Selangor yang berjaya menang 2-1 ketika bertemu Sarawak di suku akhir yang pertama Selasa lepas. Bermain di tempat sendiri Selangor tidak memiliki sebarang tekanan dan hanya perlu seri. Khabar gembira berjaya mendapat slot ke Piala AFC 2016 apabila dinobatkan selaku naib juara selepas mesyuarat eksekutif FAM Selasa lalu memutuskan Pahang dipotong enam mata menambahkan lagi semangat tuan rumah malam ini.
Berbeza dengan kem Sarawak tekanan sememangnya boleh dirasai, harapan untuk membawa skuad utama ke Shah Alam tidak kesampaian pabila tiga pemain utama Billy Mehmet, Ivan Fatic dan penjaga gol Iqbal Suhaimi tidak turut serta kerana mengalami kecederaan. David Usop tidak mempunyai banyak pilihan dan terpaksa menggunakan khidmat pemain dari barisan simpanan seperti Varathan, Shree Tambi, Papin, Shami, Tommy atau Mazwandi.
Tanpa kehadiran Ivan Fatic, David mungkin akan mempertimbangkan Ronny Harun untuk posisi defensive midfileder untuk menyekat gerakan atau percubaan jarak jauh lawan. Manakala kekosongan di bek tengah akan diisi oleh Varathan/Mazwandi.
Strategi 'man to man marking' ke atas Andik-Nazmi mungkin perlu untuk mengelakkan dua pemain ini mencipta gerakan. Dalam ertikata lain, barisan tengah perlu lebih pantas, agresif dan tidak memberi ruang kepada lawan.
Ketiadaan penjaring gol tunggal suku akhir pertama, Billy Mehmet bakal memberi kesan kepada jentera serangan Sarawak. Selain Joseph Kalang Tie yang masih digantung, Sarawak tidak memiliki penyerang yang benar-benar efektif sebagai pengganti Billy.
Sama ada terpaksa menagih kudrat pemain paling banyak dikritik musim ini
iaitu Ryan Griffith atau menurunkan penyerang muda yang sedang
meningkat naik, Tommy selaku penyerang. Manakala di bahagian tengah
Shahrol atau Shreen boleh bertindak sebagai perancang bergandingan
dengan Partiban-Ashri untuk mencipta peluang menjaringkan gol. Sarawak perlu memanfaatkan semua peluang yang ada samada serangan balas, set piece sama ada tendangan sudut, tendangan percuma mahupun lontaran jauh untuk menghasilkan gol.
Apapun, Sarawak Football percaya pemain Sarawak pasti sudah menyedari corak permainan lawan yang bakal di temui malam ini. Tenang, ikut arahan jurulatih, sentiasa fokus dan tidak melakukan kesilapan jika benar-benar dipratikkan, mungkin Sarawak ada peluang mencipta kejutan menumbangkan Red Giants di Shah Alam malam ini.
Thursday, November 26, 2015
Billy Mehmet Cedera, Ryan Griffith Bakal Ketuai Barisan Serangan Sarawak ?
Barisan serangan Sarawak berdepan dengan kesukaran apabila tonggak
serangan Billy Mehmet tiada dalam senarai pemain yang berlepas ke Kuala
Lumpur hari ini. Turut tidak dalam senarai ialah penjaga gol utama Iqbal
Suhaimi dan juga Ivan Fatic.
Daripada info yang diperolehi dari page Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol
Ya, ketiga-tiga pemain terbabit mengalami kecederaan. Ketiadaan Iqbal
dan Fatic mungkin tidak begitu meresahkan kerana Sarawak memiliki
pengganti yang boleh bermain di posisi mereka.
Namun, ketiadaan Billy agak membimbangkan kerana Sarawak tidak memiliki
banyak pilihan yang boleh bermain di bahagian serangan kerana. Joseph
Kalang Tie masih tidak dapat diturunkan kerana masih lagi dalam hukuman
gantung perlawanan.
Adakah David Usop akan mempertimbangkan Tommy Mawat atau sebaliknya terus bergantung harap kepada Ryan Griffith untuk mengetuai jentera serangan ?
Gambar / Artikel : Sarawak Football
Official FB: Sarawak Football
Misi Mencari Gol Awal
Sarawak wajib turun dengan barisan terkuat apabila bertemu dengan Selangor di Shah Alam hari Sabtu ini.
Terutama sekali di barisan tengah dan serangan, pemain-pemain seperti Ivan Fatic, Shreen Tambi atau Tommy Mawat perlu berada dalam barisan utama. Pemain-pemain muda seperti ini memiliki daya juang, kelajuan dan sikap ingin mencuba yang mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang positif buat Sarawak. Dengan barisan tengah yang kuat, kita mampu menyerap dan menghalang gerakan-gerakan pemain Selangor seperti Andik dan Nazmi dari bermaharajalela. Seterusnya dapat mengurangkan tekanan di bahagian pertahanan.
Bagaimana Ryan Griffith ? Tidak perlu ada dalam barisan utama selepas kesilapan tempoh hari.
Gol awal perlu dicari bagi merentap semangat lawan dan meningkatkan semangat para pemain Sarawak sendiri. Seandainya, kesilapan tidak perlu dapat dielakkan, kita boleh membuat kejutan !
Nantikan analisis dari kami esok ....
Artikel / Gambar: Sarawak Football
Offcial FB: https://www.facebook.com/swkfootball
Wednesday, November 25, 2015
Masih Ada 90 Minit
Walaupun misi sukar bakal ditempuhi pada hari Sabtu ini di Shah Alam, jurulatih Sarawak David Usop masih optimis, anak-anak buahnya berpeluang mencipta kejutan mengatasi tuan rumah Selangor.
Menerusi temuramah yang dipetik dari Astro Arena, David yakin Sarawak masih mampu ke separuh akhir dengan syarat pemain tidak melakukan kesilapan kritikal seperti yang dilakukan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Negeri. Tempoh rehat tiga hari yang tinggal akan digunakan sebaik-baiknya untuk 'post mortem' sebelum ke Shah Alam pada hari Jumaat.
Nada berbeza pula dilontarkan oleh jurulatih Selangor Mehmet Durakovic yang ternyata begitu gembira dengan kemenangan di tempat lawan. Walaupun, risau dengan kemampuan Sarawak memberi tekanan dalam perlawanan tempoh hari, beliau tetap lega pemai-pemainya berjaya menggunakan peluang yang dperolehi.
Bagi Sarawak Football. kita masih lagi berpeluang dengan syarat Sarawak harus 'all out' dalam pertemuan kedua. David juga harus berani mengambil risiko merehatkan Ryan Griffith dan menurunkan Tommy Mawat dan Ivan Fatic yang lebih agresif dan pantas untuk menyaingi Nazmi-Andik di bahagian tengah.
Tuesday, November 24, 2015
Sarawak Bakal Tempuh Jalan Sukar di Shah Alam
Dua kesilapan pertahanan Sarawak menjadi garis pemisah yang akhirnya memuktamadkan Selangor selaku pemenang suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 dengan keputusan 2-1.
Seperti dijangka dalam analisis pertemuan, Selangor memulakan aksi dengan agresif untuk mencari gol awal. Rangkaian Nazmi-Andik berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak dengan larian pantas termasuk beberapa percubaan bahaya oleh Guilherme De Paula. Bertukar-tukar hantaran dan posisi, pertahanan Sarawak terpaksa berkerja keras mengekang asakan pemain-pemain Selangor. Beberapa percubaan leret dilihat sebagai cubaan awal menguji kemampuan Iqbal.
Ketiadaan Ivan Fatic, Joseph Kalang dan kegagalan Ryan berfungsi menyebabkan Shahrol Saperi terpaksa berkerja keras di bahagian tengah. Billy Mehmet yang sering dibayangi oleh Robert Cornwhaite terpaksa turun ke bawah untuk membantu Shahrol dan meninggalkan ruang kosong di atas.
Sarawak kemudiannya berjaya mengurangkan dominasi lawan menerusi gerakan Ashri dan Partiban di sebelah sayap. Kurang sokongan dari pemain-pemain lain, beberapa hantaran dan gerakan tidak membuahkan sebarang hasil. Ashri dan Patrick, masing-masing terlepas peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan apabila percubaan mereka samada di selamatkan oleh penjaga gol atau pertahanan Selangor.
Dalam kelekaaan mengatur serangan, pada minit ke - 36 Ryan Griffith melakukan kesilapan besar. Dari tengah padang, Andik berjaya merampas bola dari kaki Ryan, melepasi Ronny Harun sebelum melorongkan bola kepada Hazwan Bakri. Walaupun, cuba dihalang oleh Dzulazlan dan Hairol, Hazwan mudah memperdayakan Iqbal dengan rembatan leret ke sebelah kiri gawang Sarawak.
Tersentak dengan gol Selangor, Sarawak cuba kembali bangkit namun perlawanan kekal dengan kedudukan Selangor mendahului 1-0 di separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, Sarawak membuat pertukaran strategi dengan meletakkan Partiban di sebelah kiri dan Ashri bermain di kanan. Akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang oleh Partiban berjaya disudahkan dengan cantik oleh Billy pada minit ke 59.
Jaringan ini ternyata berjaya membangkitkan kembali semangat pemain-pemain Sarawak. Beberapa serangan merbahaya diketuai oleh Billy hampir-hampir menemui sasaran, tetapi Norzalan lebih bersedia di pintu gol Selangor.
Ketika pemain Sarawak mula kelihatan letih, tidak ada tanda-tanda David Usop membuat pertukaran pemain walaupun pada jangkaan awalnya Ivan Fatic dan Varathan akan dimasukkan untuk menguatkan barisan pertahanan. Akhirnya, dengan perlawanan yang berbaki beberapa minit, kesilapan pertahanan Sarawak sekali lagi dihukum oleh gol kedua menerusi Afiq. Empat minit masa tambahan dan kemasukan lewat Ivan Fatic gagal membantu mengubah nasib Sarawak dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat permainan.
Selangor dan Sarawak akan bertemu sekali lagi di suku akhir kedua pada 28 Nov 2015 di Shah Alam.
Analisis Suku Akhir Piala Malaysia 2015: Sarawak vs Selangor
Perlawanan kedua-dua pasukan dijangka seimbang namun apa yang pasti gol awal akan di cari. Tidak menghairankan jika di awal-awal perlawanan Selangor akan mengejutkan tuan rumah dengan serangan bertali arus untuk mencari gol awal. Jika Sarawak berjaya bertahan, maka tempo serangan terus akan menjadi milik sarawak yang kemudiannya akan perlahan.
Jika dulu, bermain di home dianggap sebagai satu disadvantage, namun dengan peraturan kelebihan gol di tempat lawan bakal menjadi igauan untuk tuan rumah di pertemuan kedua.
Justeru, Sarawak harus mencari kemenangan tanpa melepaskan sebarang gol, dan jika terpaksa seri juga tanpa bolos sebarang jaringan.
Meskipun, tanpa tonggak utama Joseph yang masih belum boleh beraksi namun David Usop dijangka menggunakan Tommy atau Ivan sebagai pengganti. Dengan Ryan Griffith yang masih 50-50 untuk diturunkan Sarawak dijangka membariskan kesebelasan seperti bertemu JDT.
Faktor keletihan mungkin menjadi ancaman untuk Sarawak, hanya sempat menjalani satu latihan sahaja pada petang Isnin. Sementara Selangor memiliki kecergasan yang lebih baik kerana tidak bermain pada Sabtu lepas. Tetapi, dengan momentum semangat yang masih ada dari Larkin, satu kelebihan untuk Sarawak. Manakala, Selangor tanpa perlawanan kompetitif sejak kebelakangan ini mungkin terpaksa mencari rentak untuk bermain dengan baik.
Pada peringkat suku akhir ini, semua pasukan memiliki kekuatan dan kelebihan yang sama. Ditentukan dengan kepintaran strategi jurulatih, menterjemahkan peluang yang ada,akan menentukan siapa pemenang. Kita yakin Sarawak tidak akan mensia-siakan peluang bermain di suku akhir ini, dan pemain sedar inilah masa untuk mereka membuktikan mereka lah yang terbaik, Semoga berjaya !!!
Monday, November 23, 2015
Joseph Masih Belum Boleh Beraksi menentang Selangor
Walaupun Sarawak sudah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015, tonggak utama Joseph Kalang Tie masih belum boleh beraksi.
Foto: FAM |
Ini kerana Joseph telah dikenakan hukuman gantung 5 perlawanan ekoran insiden pergaduhan ketika menentang Perak di Stadium Negeri pada 17 Oktober 2015 yang lalu.
Hukuman ini melibatkan 5 perlawanan, 3 di peringkat kumpulan B Piala Malaysia 2015 iaitu JDT (24 Okt 2015), ATM (4 Nov 2015) dan JDT (21 Nov 2015). Baki dua penggantungan ialah pada pertemuan suku akhir Piala Malaysia menentang Selangor pada 24 & 28 Nov 2015.
Ini bermakna Joseph Kalang Tie hanya akan dapat beraksi semula sekiranya Sarawak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.
Sunday, November 22, 2015
Suku Akhir Piala Malaysia 2015: Siap Siaga Bertemu Selangor
Lupakan cerita di Larkin, kisah semalam sudah menjadi sejarah yang akan dikenang sama ada oleh penyokong JDT atau penyokong Sarawak.
Sarawak harus kembali fokus menjelang pertemuan suku akhir pertama menentang Selangor di Stadium Negeri pada hari Selasa ini. Masa rehat yang singkat harus digunakan sebaik-baiknya. Berbanding dengan Selangor yang mendapat rehat yang cukup kerana tiada sebarang aksi melibatkan mereka semalam.
Ketika ini nada keyakinan para penyokong mula meningkat dan Sarawak Football menjangkakan lautan merah bakal membanjiri Stadium Negeri.
Jangan lupa petikan kata-kata kata Andik Vermansah kepada Astro Arena, peluang mereka lebih
cerah kerana hanya perlu berdepan dengan Sarawak.
Sekarang inilah masanya untuk para pemain membuktikan Sarawak bukanlah lawan yang mudah. Keputusan di Larkin sudah membuktikan kalah menang hanya ditentukan apabila berentap di padang.
Nantikan analisa perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 dari kami nanti ...
Artikel /Gambar : Sarawak Football
Offcial FB: https://www.facebook.com/swkfootball
Saturday, November 21, 2015
Sarawak Harus Kekalkan Patrick Untuk Musim 2016
Berdasarkan persembahan sepanjamg musim 2015, tidak keterlaluan untuk menyatakan Patrick Gerhadt Neyma adalah pemain import yang paling konsisten. Dibawa masuk oleh Robert Albert pada awal April untuk menggantikan Ronald Hikspoors, Patrick memulakan debut pertama menentang PKNS.
Bermain di posisi pertahanan, tapi kadang kala boleh bertindak selaku pemain tengah, pemain antarabangsa Liberia ini sering terlibat dengan gerakan-gerakan serangan dan juga menyumbang gol-gol penting untuk Sarawak.
Gol penyamaan menentang JDT pada 21 November 2015 akan dikenang kerana berjaya membantu mengikat JDT dengan keputusan 1-1 di Larkin. Seterusnya membantu Sarawak mara ke suku akhir Piala Malaysia 2015.
Sarawak Football berpendapat ini lah kualiti yang seharusnya ada pada seseorang pemain import dan kita yakin Datuk K.Rajagopal akan mengekalkan Patrick untuk cabaran musim 2016.
Artikel / Gambar : Sarawak Football
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/
Sarawak Sahkan Tempat Di Suku Akhir Piala Malaysia 2015
Penantian yang cukup panjang akhirnya tamat dengan malam yang penuh dramatik, Sarawak berjaya mencuri satu mata yang diidamkan. Walaupun ATM menang 4-3 ke atas Perak, tetapi tidak mampu mengatasi Sarawak dari segi mata.
Ketinggalan 0-1 apabila Amirul Hadi meletakkan JDT di depan pada minit ke 37, disusuli dengan berita ATM mendahului Perak 3-1 di separuh masa pertama ternyata meresahkan penyokong Sarawak.
Sarawak menurunkan kesebelasan utama yang diketuai oleh kapten Ronny Harun, K.Partiban, Billy, Ramesh, Dzulazlan, Shahrol Saperi, Hairol Mokhtar, Ryan Griffith, Tommy Mawat dan Patrick Neyma. Sementara JDT menampilkan Faizal Marlias, Amirul Hadi, Marcos Antonio, Safee Salli, S.Kunalan,Shakir Shaari, Amri Yahyah, Mahali, Nazrin Nawi, Jasazrin dan Amir Saidin.
Sarawak memulakan aksi dengan agresif mengharapkan jaringan awal, berhasil menjaringkan satu gol menerusi Hairol Mokhtar namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offsaid. Disusuli dengan larian-larian cantik oleh K. Partiban, namun Ryan Griffith seakan tidak 'seirama' dengan suasana apabila beberapa kali terlepas peluang cantik.
Walaupun merehatkan beberapa pemain utama, namun JDT kemudiannya berjaya mendominasi bahagian tengah dengan hantaran -hantaran pendek disusuli beberapa percubaan berbahaya dari Safee Salli serta Amri Yahya. Ancaman demi ancaman dari JDT berjaya membuahkan hasil apabila Amirul Hadi menghukum kesilapan Hairol Mokhtar untuk gol pertama.
Perlawanan separuh masa kedua yang lewat dimulakan akibat masalah teknikal lampu limpah di stadium ternyata membawa rahmat kepada Sarawak. Tidak menunggu lama, Patrick Gerhadt Neyma mengejutkan JDT apabila rembatan yang cukup cantik menewaskan Faizal Marlias di penjuru kanan gawang di minit ke-48. Gol tersebut seakan memberi semangat baru kepada para pemain Sarawak, Tommy Mawat mempunyai dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun disia-siakan. Menyedari ancaman Sarawak, JDT kembali merebut penguasaan perlawanan, memasukkan Safiq Rahi, Harris Harun dan S.Chanturu seterusnya melancarkan serangan bertali arus. Namun, Sarawak terus memperketatkan barisan pertahanan sehingga tamat perlawanan
Keputusan seri ini cukup berharga, selain berjaya membawa ke suku akhir, Sarawak menjadi satu-satu pasukan yang berjaya mencuri mata di Larkin untuk kempen Piala Malaysia 2015. Seterusnya menamatkan badi kekalahan dengan JDT sejak 2014.
Artikel: Sarawak Football
Gambar: Johor Southern Tiger
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/
Artikel: Sarawak Football
Gambar: Johor Southern Tiger
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/
Friday, November 20, 2015
Analisis Pertemuan Piala Malaysia 2015: JDT vs Sarawak
JDT awal-awal lagi sudah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2015 dan memburu rekod kemenangan bersih 6 - 0 - 0 dengan maksimum 18 mata. Sementara, Sarawak masih lagi berhempas pulas merebut tempat ke suku akhir, mengharapkan sedikit tuah, Perak mengekang ATM dengan seri atau kalah dengan jaringan yang kecil.
Sarawak harus menyalahkan diri sendiri, ketika bertemu ATM tempoh hari. Dua kali mendahului lawan, dan akhirnya terpaksa akur sekadar seri 2-2. Dari segi peluang, ternyata ATM memiliki sedikit kelebihan. Hanya perlu menang dengan dua gol sambil mengharapkan Sarawak tumbang di Larkin.
Di atas kertas, keupayaan kedua-dua pasukan nyata berbeza. Baik dari taktikal atau gameplay, JDT boleh dianggap pasukan terbaik negara dengan serba lengkap di semua posisi. Sementara Sarawak, sehingga ke saat ini masih lagi terkial-kial mencari prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika dibimbing oleh Fuad. Dari tiga pertemuan termasuk Liga Super 2015, JDT menang ketiga-tiga pertemuan dengan rekod 2-1, 2-0 dan 3-0.
Sememangnya di akui, menang atau seri di Larkin adalah satu perkara yang mustahil. Tapi adakah itu dijadikan alasan Sarawak mengharapkan 'belas kasihan' dari JDT ? Bagi pasukan yang ditadbir secara profesional dan kali pertama beraksi di laman sendiri sebagai juara Piala AFC 2015 di tempat sendiri, kita harus sedar JDT tidak akan memberi laluan mudah kepada Sarawak, kerana harus menjaga 'air muka' mereka sendiri. Walaupun , Mario Gomez membayangkan JDT akan merehatkan sebahagian pemain utama, pemain pengganti mereka bukanlah calang-calang pemain.
Untuk itu, Sarawak harus kembali ke alam realiti, berjuang sebagai satu unit di padang dan bermain habis-habisan untuk mencari kemenangan. Walaupun, tanpa pemain berpengaruh, Joseph Jalang Tie di padang, kita percaya pemain lain seperti Ronny, Hairol dan Shahrol berkeupayaan membangkitkan semangat juang pemain.
Tidak ada perkara mustahil atau kalah bulu, jika pemain menunjukkan
komitmen 110 %, menggerakkan kudrat semaksimum mungkin dan menggunakan
segala peluang yang ada. Tidak mustahil kejutan mampu dicipta.
Inilah yang ada pada darah pahlawan sebenar, bukannya menyembah di kaki lawan memohon simpati! Agi Idup Agi Ngelaban !!!
Artikel/Gambar: Sarawak Football
Official FB: https://www.facebook.com/swkfootball/timeline
Tuesday, November 17, 2015
Ivan Fatic Gagal Beri Impak
Ivan Fatic, pemain berprofil tinggi yang di bawa masuk oleh Robert Albert. Mampu bermain sebagai pertahanan ataupun midfield. Tetapi, posisinya di Sarawak lebih kepada defensive midfielder menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Junior Edstal.
Sarawak Football meramalkan Fatic antara salah seorang pemain yang akan digugurkan dari senarai perancangan Datuk K.Rajagopal untuk musim 2016 kerana tidak membawa kesan seperti yang diharapkan.
Pemain yang setiap tahun bertukar kelab ini walaupun mempunyai badan yang sasa, tapi kerap kali tidak konsisten apabila bermain. Adakala, di waktu kemuncak bermain begitu baik dan menjaringkan gol. Tapi, lebih banyak tenggelam punca, perlahan dan kadangkala gagal mengawal perasaan panas baran.
Bahkan, Fuad Grbesic kerapkali menegur pemain ini ketika dalam permainan kerana lambat turun untuk menutup ruang. Lambat menutup ruang apabila diasak lawan sering menyebabkan pertahanan Sarawak menerima padah.
Untuk menyalahkan seorang pemain sememangnya adalah tidak adil, tapi itulah KPI seseorang pemain, Bermain di posisi defensive mid, apabila serangan yang dirancang gagal, ketika itulah mereka akan menjadi barisan pertama yang akan bertahan sebelum lawan dapat memasuki zon pertahanan.
Mengambil pemain import atau local import bermain sebagai defensive dilihat tidak perlu. Sebaliknya untuk posisi ini, Sarawak Football berpendapat, Sarawak harus cuba menggilap pemain muda tempatan.
Ciri-ciri pemilik posisi ini dia tidak semestinya berskill tinggi seperti attacking midfield. Yang wajib dan harus ada ialah fizikal yang kuat, kepantasan dan kemampuan mempertahankan zon pertahanan, mampu membaca gerak lawan dan win dalam situasi perebutan bola.
Artikel: Sarawak Football
Friday, November 13, 2015
Mengapa Penyokong Sarawak Mahukan Salibasic ?
Apabila tersebar khabar angin Muammer Salibasic mungkin kembali semula ke Sarawak untuk musim 2016, majoriti penyokong menyifatkannya sebagai suatu berita yang amat dinanti-nantikan. Difahamkan akan kembali ke Sarawak pada Disember 2015 untuk ujian pemilihan.
Fenomena King Salibasic tercetus pada musim 2013, apabila bersama skuad The Invicibles Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah.
Sebahagian peminat pula merasakan FAS harus mencari pemain lain atas alasan bimbang risiko kecederaan yang berulang. Mungkin ada yang tidak menyedari ketika Salibasic 'hilang' seketika dari radar bolasepak Sarawak, secara diam-diam dia telah menjalani program pemulihan yang sangat ketat dan bermain dengan sebuah kelab di liga Bosnia untuk mengembalikan tahap kecergasan.
Menjawab persoalan mengapa penyokong Sarawak mahukan Salibasic ?
Salibasic memiliki ciri-ciri pemain midfield berpengaruh yang hampir sempurna, Jika kita masih ingat bekas lagenda Singapura, Abbas Saad, begitulah karakter yang dimiliki oleh Salibasic. Kreativiti, berani, hantaran yang tepat, mampu menjaringkan gol dan kadangkala dalam masa yang sama boleh berubah menjadi penyerang itulah keistimewaan yang dimilikinya.
Penyokong telah menyaksikan mata kepala sendiri, walaupun berusia 30 tahun, Salibasic bukanlah pemain yang suam-suam kuku. Menyertai Sarawak pada April 2013, dia telah menunjukkan keupayaannya sebagai 'mastermind' di jentera tengah dengan berkesan sehingga mendapat jolokan King Salibasic. Siapa yang masih ingat jaringan
hat-trick Salibasic ketika menentang Perak di suku akhir Piala Malaysia
2015 ? Atau jaringan cantik Salibasic dari jarak 30 meter ketika
menentang PKNS pada 2014 ? Atau kemasukan sebagai pemain gantian di mana hantaran
cantik beliau berjaya disudahkan oleh Ryan Griffith ketika Sarawak
mencipta sejarah mengalahkan Kelantan di Kota Bharu tahun lepas ?
Pemain import yang dibawa masuk seperti Patrick, Billy, Griffith,
Milorad Janjus gagal menyaingi jejak yang ditinggalkan oleh Salibasic. Ketidakberkesanan di bahagian tengah banyak mempengaruhi persembahan Sarawak sehingga corak permainan mudah diramalkan oleh lawan. Faktor penyumbang kepada kegagalan mencatatkan kemenangan kerana pemain midfield gagal mencipta peluang. Inilah salah satu sebab mengapa Billy Mehmet tidak begitu menyinar bersama Sarawak, kerana tidak ada sokongan yang baik dari tengah.
Melainkan FAS atau Datuk K.Rajagopal mempunyai pilihan yang lebih baik, Sarawak Football bersetuju dengan peminat bolasepak, bawalah kembali King Salibasic ke Sarawak.
Kalah 0-6, Tepati Ramalan Penyokong Akan Dibelasah Palestin !
Foto: AFP |
Bukan niat untuk menghina, tetapi itulah yang terjadi apabila keputusan perlawanan berakhir dengan skrip yang sama, tewas 0-6 kepada Palestin. Dengan sebahagian besar pemain yang dipilih adalah dari pasukan terbaik liga, sukar untuk diucapkan dengan kata-kata, apa sudah jadi dengan pasukan kebangsaan dan liga bolasepak negara kita.
Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim awal-awal lagi sudah meramalkan pemergian skuad negara tidak ada makna apa-apa. Ketika temubual bersama Berita Harian, beliau menyatakan:
“Apa yang saya perhatikan, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, mereka (pasukan kebangsaan) sibuk dengan isu venue perlawanan yang saya kira tidak perlu kerana sebagai pemain, kita perlu bersiap sedia untuk beraksi di mana saja,”
Bekas pemain tengah Selangor, Malek Rahman menyifatkan kekalahan ini sangat sukar diterima;
"Paling
teruk time saya Malaysia kalah dengan China 4-0 di Singapura dan Arab Suadi
3-0 di Riyadh tapi sekarang Malaysia asyik kena 6 hingga 10 gol"
Wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani pula menyatakan sudah tiba masa untuk nilai profesiinal diterap dalam jiwa pemain muda;
" Tidak kira siapa yang silap,generasi pemain bola sepak masa depan perlu
disuntik dengan sahsiah untuk menjadi profesional yang lengkap,gemilang
di peringkat kelab atau negeri begitu juga bersama skuad negara."
Bagi Sarawak Football, perkara ini bukan mejurus kepada kesalahan pemain atau jurulatih secara total. Malapetaka ini berlaku apabila urusan bolasepak diserahkan kepada bukan ahli atau pakarnya. Lihat saja di dalam struktur bolasepak negeri dan negara, boleh dihitung dengan jari berapa ramai bekas pemain bolasepak memegang jawatan penting. Duit ada, kemudahan ada, tapi bukan diuruskan oleh mereka yang bukan sepatutnya, inilah yang terjadi.
Mungkin ketika ini dengan nada sinis, Dato K.Rajagopal dan Dollah Salleh melemparkan kata-kata sinis;
Pengarah
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim - See more
at: http://www.hmetro.com.my/node/91476#sthash.uYt19XHH.dpuf
Thursday, November 12, 2015
Sarawak Bakal Kehilangan Tonggak Pertahanan ?
Daripada sumber yang terdekat, difahamkan Sarawak bakal kehilangan tonggak pertahanan Ronny Harun jika beberapa perkara dalam kontrak gagal mencapai persetujuan bersama. Bahkan pemain itu sendiri ketika ditanya sedikit masa lalu masih berteka-teki samada untuk kekal atau berhijrah ke pasukan lain.
Ketika ini Ronny sedang berada di Amman, Jordan dalam tugasan antarabangsa menentang Palestin dalam edisi Kelayakan Piala Dunia 2015.
Seandainya perkara ini benar, adalah satu perkara yang agak merugikan kerana melepaskan pemain penuh berpengalaman yang membentuk benteng pertahanan bersama Hairol, Patrick dan Ramesh.
Dari satu sudut, Sarawak terpaksa berbelanja untuk mencari pengganti yang benar-benar setanding dengan kapten Sarawak ini.
Apapun, jika berita yang diterima ini benar, Sarawak Football berharap ianya dapat diselesaikan dengan baik dan cepat.
Wednesday, November 11, 2015
2016: Cari Penggempur Yang Lebih Berbisa
Rasanya tidaklah sukar untuk meramalkan pemain import mana yang akan digugurkan sebaik saja liga musim 2015. Tidak kira apa keputusan yang berlaku, majoriti penyokong berpendapat, Sarawak harus mencari penggempur import yang ada karakter untuk menggantikan Ryan Griffith. Adalah satu kejutan jika ada hasrat untuk menyambung kontrak pemain ini. Bahkan dari sumber kami, nama beliau adalah antara yang bakal digugurkan.
Tidak dinafikan, Griffith adalah penyerang yang baik dan mampu menjaringkan gol. Tapi, bagi Sarawak Football. Ryan Griffith gagal dalam tugasannya. Dibayar dengan gaji yang mahal, KPI untuk seorang penyerang hanya ada dua iaitu:
- Menjaringkan seberapa banyak gol
- Assist, membuka seberapa banyak ruang untuk rakan lain menjaringkan gol
Dalam ertikata yang mudah, penyerang import itu wajib memiliki “killer instinct” bila di dalam kotak penalti. Bukan setakat berlari atau jogging, kemudian kehilangan bola ataupun menjaringkan gol menerusi penalti.
Seandainya, Salibasic kembali ke Sarawak, sudah tentunya satu berita yang baik kerana beliau mampu menjaringkan gol. tapi harus diingat posisi beliau adalah lebih kepada attacking midfield.
Pernah memiliki pemain import seperti Ivan Babic, Muratovic, Aliredza, Janjus (sekadar menyebut beberapa nama), tapi semuanya tidak menghasilkan perfomance yang diharapkan.
Pernah memiliki pemain import seperti Ivan Babic, Muratovic, Aliredza, Janjus (sekadar menyebut beberapa nama), tapi semuanya tidak menghasilkan perfomance yang diharapkan.
Dengan tempoh hampir tiga bulan, Sarawak mempunyai masa dari 23 November 2015 sehinggalah 14 Februari 2016 untuk mencari pemain import yang baru.
Artikel/Gambar: Sarawak Football
Subscribe to:
Posts (Atom)